Ayuh Tambah Ilmu

Kejarlah mencari Ilmu,
Bergurulah dalam menakrifkan sesuatu,
Bersahabatlah dalam menyebarkannya,
Agar diri kita senantiasa DirahmatiNya

Monday, February 26, 2018

Tambah Ilmu ~ Penyungguhan Kendiri - Positif Selalu ~ Dalam Diri #DiariVLE ep.3

Bismillah, Alhamdulillah #DiariVLEepisod3
Sekali lagi Kami GengTTA dijemput untuk menjadi Jurulatih Utama aka Fasilitator bagi sesi Latihan Dalam pekhidmatan (LADAP VLE 2018) di SMK Merchang , Marang yang telah berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Marang. Ianya terletak di kawasan persisiran Pantai dan Jeti Marang. Tajuk Modul :  PIE , dan kay masukkan juga Kuiz Interaktif Quizizz untuk menjadikan suasana lebih meriah dan santai . Rata-rata guru memberi respon yang baik dan seronok berladap pada hari tersebut. Alhamdulillah. Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Jemput Kami Lagi.... :)

Antara GengTTA yang Santai Berkongsi Ilmu dengan Kay ialah :
Moderator Awesome : Cg Cherry ANis
Fasilitator Hebat  : Encik Iswady (PKG Bukit Besar)
Fasilitator Sempoi lagi Cool : Cg. Zawiah Hasnah 
Fasilitator Superb Penuh KeAyuan : Cg Nor Azlina
Modul : P.I.E , Modul Asas Ber VLE

Gambar Fasilitator GengTTA
Terima Kasih SMK Merchang, sudi jemput Kami semua, semuanya terbaik, Guru-guru pula sangat sporting, sangat bersemangat dalam setiap yang diajar
Pengetua SMK Merchang yang sangat Awesome, Tn Hj. Zakaria Abd Rahman, Tahniah!!Dapat juga Keychain Froggy~ Menang Quizizz


Apa yang telah menarik minat kami dan juga sahabat lain , dan ramai yang sangat berminat dan ingin tahu Penerangan Lanjut kepada Tajuk Ladap yang telah dipilih Oleh SMKM , iaitu " Penyungguhan Kendiri "

Jadi Kali ni, kay buat carian, dan inilah maksud kepada Tajuk Ladap pada hari itu


Penyungguhan - ejaan : [pe.nyung.gu.han] | ڤڽوڠݢوهن

Definisi : perihal menyungguhkan (membenarkan, mengiakan), pembenaran, pengesahan. 
(Kamus Dewan Edisi Keempat) 

Manakala Kendiri pula :-

[ken.di.ri] | کنديري

Definisi : sendiri; kekendirian keadaan atau sifat kendiri; kediri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.
Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara memahami konsep kendiri[1]
Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963), berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu:

  • tanggapan diri seseorang individu
  • proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu
Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.
Konsep Kendiri Positif

Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil.

Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif
  • Menghargai
  • Memuji orang lain
  • Puas hati dengan pencapaian
  • Murah hati
  • Mudah berkawan
  • Puas hati dengan dirinya
  • Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya
  • Peramah

Secara keseluruhannya, bolehlah kita rumuskan , Tajuk Penyungguhan Kendiri (idea asal oleh Pengetua SMKM sendiri ) yang telah dipilih oleh SMK Merchang merupakan tajuk LADAP yang sangat tepat dalam melahirkan serta menjadikan semua guru yang hadir pada hari tersebut menjadi Guru yang Terbaik dan Positif dalam diri mereka.Kalau dalam ayat Teganu " Sungguh Dalam Diri " and I wish All the best SeMerchang !!!!!
Antara Rangkuman Gambar


Apa yang baik itu datang Hanya DariNya,
Apa yang buruk dan lemah itu adalah kekhilafan kami semua .
Sehingga ketemu lagi, Wassalam
P.S.K.I 

No comments:

Post a Comment