Ayuh Tambah Ilmu

Kejarlah mencari Ilmu,
Bergurulah dalam menakrifkan sesuatu,
Bersahabatlah dalam menyebarkannya,
Agar diri kita senantiasa DirahmatiNya

Saturday, February 3, 2018

#BUMI HARAMAIN , PERSEDIAAN DAN CABARAN MEMBAWA WARGA EMAS DAN KANAK-KANAK - IBADAH UMRAH

Bismillah....
Tekad Berdoa, Tekad Berusaha, Tekad Merealisasikannya...
Debaran datang, Seribu Harapan, Hati kian Tenang, 
Gambar inilah selalu membuatkan kita menangis tanpa kita sedar, Allahuakbar!

Kay menulis tinta yang hampir sebulan ingin dipublished kan , tapi tidak klik pada butang published, kemudian terfikir lagi ,berfikir dan terus berfikir mungkin dengan penulisan santai kongsi ilmu ini dapat memberi input kepada jemaah yang ingin membawa warga emas, ibu ayah yang sudah tua serta anak-anak yang masih kecil. Moga sedikit panduan ini dapat membantu rakan-rakan Jemaah yang membawa anak-anak serta ibu bapa mereka dan memudahkan persediaan awal mereka. Sebab kay pun juga ada membaca artikel untuk persediaan menunaikan Umrah. Namun panduan untuk menghadapi cabaran serta persediaan dalam membawa warga Emas dan anak kecil tiada dalam carian yang sepadan.

--Ubat-ubatan--
1. Bawa ubat-ubatan yang mencukupi (letak dalam luggage besar yang nak kena check in tu ye)
2. Kalau boleh bawa lebih , lagi bagus, boleh bagi dekat rakan- rakan yang lupa bawa.
3. Standby sikit untuk diletakkan dalam beg handcarry
4. Antara ubat (ubat demam,selesema,batuk,bam,minyak angin dan sebagainya.)
5. Oh! jangan lupa, kena buat buku suntikan terlebih dahulu , ada yang 3 tahun, ada yang 5 tahun.
6. Ada juga doktor yang mencadangkan bawa ubat antibiotik siap-siap, especially antibiotik untuk batuk.
7. Untuk anak, saya standby ubat demam yang perisa oren. Untuk ubat batuk, saya standby Hurix madu.
8. Ubat dekat farmasi kat sana pun mahal, tapi memang banyak jenis ubat sebenarnya, saya memang suka masuk Farmasi kat sana.Bila Hurix saya dah habis, terpaksa juga beli . Ubat tu ada daun thyme. Agak pelik, tapi alhamdulillah, sangat melegakan batuk.
9. Bagi saya, antara ubat yang paling best ialah air Laban . Susu perisa mangga dan strawberi. Baik untuk tenaga badan kita. 

--Passport--
1. Jom ke UTC sahaja, mudah dan cepat, masa kami pergi ,dalam 2-3 orang sahaja.
2. Harga dewasa RM200, anak-anak dan ibu saya RM100 seorang.
3. Jangan lupa gambar Visa ye, pakai tudung hitam ye bagi muslimah.
4. Dan tak boleh berkacamata sewaktu buat pasport.

--Kerusi Roda -- @ Wheelchair --
1. Lebih baik bawa sendiri kerusi roda
2. Kalau tidak mampu, boleh bertanyakan kepada agensi kalian.
3. Cara lain yang pernah saya cuba sendiri, cuba pinjam dekat tempat yang diwakafkan. Kalau tak silap saya, ada dalam 4 tempat , di setiap bucu Masjidilharam
4. Kalau boleh beli, beli yang ringan , mudah di angkat ke sana ke mari. Harga kalau biasa 20kg, dalam RM250-300. Kalau yang ringan sangatlah banyak, Harga dari RM500 dan ribu-ribu ke atas.

--Pakaian--
1. Kami pergi masa musim sejuk, jadi kena bawa lebih sedikit, biasanya ramai yang pesan, boleh basuh dan sidai je dalam bilik, bawa tali siap-siap la, boleh jemur la, tapi kami pergi musim sejuk, maka kain susah nak kering. 
2. Kalau nak hantar dobi, ada je, tapi mahal la, kalau kat tempat kita, RM 7 untuk sekilo, tapi kat sini, 7 riyal untuk sehelai, hehe, kalau terdesak, hantar je lah untuk Dobi, memang siap iron lagi, hangar pun dieorang bagi. Terbaik.
3. Waktu musim sejuk, saya pakai baju 4 helai, diikuti dengan Kain Telekung Sembahyang menjadi pakaian yang kelima saya. Sejukkan? ibu saya lagi la, saya pastikan ibu saya pakai baju yang tebal.
4. Stoking, sila bawa banyak, ada yang stokin wuduk, lagi bagus kalau bawa. Stoking Tawaf pun bagus juga kalau beli.(tapak stoking tawaf tebal, baik untuk tapak kaki ibu saya), warna hitam dan coklat serta putih.
5. Stongan pun sangat penting. (stoking tangan)
6. Tudung pula, saya bawa dalam 4 helai, siap yang berdagu, Telekung bawa 3 helai, kain tak payah bawa ye.
7. Untuk muslimah, sila bawa "Tuala Wanita" dan juga Pantyliner yang mencukupi.Banyak sangat manfaatnya, dekat Makkah dan Madinah memang ada jual, tapi sangat mahal. Tapi saya beli juga, dekat Pasaraya Bin Dawood. Sebab ingatkan dah bawa cukup, rupanya tak cukup.
8. Selipar bawa 2 pasang pun tak apa. Kalau hilang tu, anggap saja sedekah . Selipar dekat sana banyak, boleh beli, ada 10 riyal, 20 riyal, comel je, paling murah selipar dekat Mekkah 3 riyal saja.

--Bagasi--
1. Optimumkan bagasi, bawa dan anggar betul-betul, saya bawa 4 luggage besar. 3 handcarry yang beroda 4(yang ni kakak saya bagi pinjam) boleh bawa naik kapal terbang, senang sikit anak-anak nak tolak  , 2 beg handcarry yang boleh galas (saya standby untuk bawa kain Ihram , saya letak dalam luggage)dan 5 beg sandang kat bahu. 
2. Kalau boleh , letakkan riben warna warni, senang nampak bagasi kita dari jauh.
3. Letak gambar dan info kita siap-siap dekat setiap bagasi.
4. Dekat kerusi roda mak saya pun, saya tampal kertas sticker.
5. Saya berkongsi beg dengan anak perempuan saya. Bagasi mak saya, saya masukkan sekali bekalan makanan dan ubat-ubatan.

--Pertukaran Mata Wang--
1. Boleh tukar saja duit di tempat money changes yang berhampiran. Saya tukarsikit sahaja.
2. Sebab saya boleh cucuk duit kad bank saya dekat mana-mana sahaja ATM yang berdekatan dengan hotel. Lagi mudah dan senang, tak perlu bawa banyak duit kat tangan. Bila perlu sahaja baru cucuk duit. Sebelum tu, jangan lupa hubungi customer service Bank kalian untuk settingkan international pada Kad Debit kalian semua. Kalau saya dan suami, just klik card management dekat maybank2u.Kalau nak senang,takut tersilap, boleh setting tu sambil bercakap phone dengan pegawai perhubungan Bank.

--Bekal Makanan--
1. Apabila bawa anak kecil dan ibu, kena pastikan bawa bekal yang biasa mereka makan.
2. Macam roti, biskut, paling penting, mak saya dan anak saya akan minum susu apabila awal pagi. 
3. Bawa tisu banyak-banyak.
4. Bawa plastik banyak-banyak.
5. Masa naik flight, pastikan bawa botol kosong mineral yang kecil, senang nak masuk toilet,kalian sedia maklum, dalam kapal terbang tiada wayar paip nak basuh,hehe.

--Perjalanan Menuju Kebahagiaan--
1. Perjalanan kami agak mencabar kerana kami turun di Airport Madinah jam 5.50 petang.
2. Kemudian bersiap untuk Ihram , Niat Ihram di Bir Ali.
3. Naik bas semula, konvoi beramai-ramai, dalam 12 buah bas ke Mekkah jam 9 malam.
4. Sampai Mekkah Jam 3 pagi lebih kurang, siap-siap untuk menunaikan Tawaf jam 4 pagi.
5. Memandangkan mak saya berkerusi roda, Mutawif menasihatkan agar kami mengambil upah pelajar Indonesia yang bekerja sebagai Mutawif sambilan untuk membacakan serta menolak mak saya bermula dari hotel dan sehingga selesai , hantar semula balik ke Hotel.
6. Upah dalam 350 Riyal, saya juga ada bertanya dengan agensi Umrah yang lain dan harga upah adalah harga yang standard. 
7. Mereka mutawif sambilan yang sangat bagus, bacaan yang jelas, menjaga mak saya. Saya senantiasa memerhati bersama dengan suami dan anak-anak. Walaupun sebenarnya saya tidak perlu ikut mak saya. (kami tawaf dan saie tingkat 2). Sepatutnya kami tawaf dekat dengan Kaabah. Tapi anak-anak dan suami saya berjanji akan senantiasa bersama dengan TokWan mereka. 
8. Kalau penat, boleh berhenti minum air Zam-zam yang sangatlah sedap. Allahuakbar
9. Waktu kami tawaf hampir kepada waktu Subuh, masa tu tak ramai orang.
10. Kami saie pula lepas Subuh, pun tak ramai orang.
11. Lepas tu, kami balik ke Hotel dan makan.
12. Jarak Hotel dengan MasjidilHaram dalam 800 meter lebih kurang(maklumlah pakej paling murah kami pilih, memandangkan kami berlima), agak jauh tapi kami seronok dengan melihat CiptaanNya, melihat deretan kedai dan yang paling best, anak-anak saya suka beli Aiskrim. di Madinah, Hotel sangat dekat, dalam 50 meter dan dekat dengan Pintu 15 dan 16.
13. Antara tip penting juga, senantiasa ingat Pintu Masuk, Selipar, Kedudukan Tandas, Bawa Botol Sembur untuk Wudhu'(biasanya boleh dibeli dekat kedai-kedai yang jual barang Haji dan Umrah,saya pinjam saja dekat kakak saya).
14. Untuk Ibadah umrah kali kedua dan ketiga, saya tekad dengan mak saya untuk tawaf dekat dengan Kaabah, Alhamdulillah, Allah permudahkan, mak saya boleh berjalan , dan saya ikat getah tangan saya dengan tangan anak perempuan saya. Oh ye, lupa nak mention, ibu saya bukanlah tidak boleh berjalan kaki, namun kita sedia maklum di usia 73 tahun, daya kudrat agak terbatas, namun semangat mak saya kuat, akhirnya kami tawaf dekat dengan Kaabah, waktu tu kerusi roda, anak lelaki dan suami saya yang jaga. Semasa Saie, mak saya akan menaikinya semula.

Sekian sahaja buat waktu ini, nanti di lain ruangan saya masukkan lagi beberapa kisah manis bersama dengan keluarga saya.
Wassalam

No comments:

Post a Comment