Ayuh Tambah Ilmu

Kejarlah mencari Ilmu,
Bergurulah dalam menakrifkan sesuatu,
Bersahabatlah dalam menyebarkannya,
Agar diri kita senantiasa DirahmatiNya

Tuesday, February 27, 2018

Iltizam Perkasa ~ Persekitaran Pembelajaran Maya ~ Remind 4 me !!!

Bismillah
Remind to me,
Perkasakannya VLE,
Bantu yang memerlukan,
Mudahkan Perkongsian,
Ayuh Bersama-sama Realisasikan.....

“Kejayaan itu menjadi batu loncatan untuk saya menggunakan kemahiran dan pengalaman bagi memastikan semua pelajar dan guru, bukan sahaja di sekolah saya, malah di seluruh Terengganu dan juga mana-mana sekolah mampu menguasai VLE dengan lebih efisien.

“Pihak Frog sendiri menzahirkan rasa kagum kerana biarpun kekangan perkhidmatan internet kerana faktor  jarak sekolah di luar bandar  tidak menghalang pelajar dan guru sekolah saya memanfaatkan penggunaan IT dalam beberapa aktiviti an aplikasi secara optimum,”katanya kepada Teganukita.

Kredit kepada : TECC December 24, 2016 
http://1tecc.blogspot.my/2016/12/guru-advokasi-emas-iltizam-perkasakan.html

Utusan , 16 Mei 2017 - Sempena Hari Guru 2017
http://1tecc.blogspot.my/2016/12/guru-advokasi-emas-iltizam-perkasakan.html

Antara Cabaran dalam Momentum
  • Penerimaan VLE dikalangan Guru 
  • Penyesuaian dalam pdpc, selama ini melalui kaedah dahulu, (chalk n talk)
  • Penggunaan Fasiliti - gadjet 
  • Coverage Internet agak minimum
  • Pemahaman setiap item dalam VLE
  • Maybe distance dari bilik darjah ke Makmal Komputer
  • Kerjasama dalam kumpulan guru memainkan peranan
  • Persepsi guru 
Penyampaian Sijil Advokasi Emas

Cenderamata dan Surat Pelantikan
Ada juga rakan-rakan bertanya , apakah kelebihan apabila dilantik menjadi seorang Guru Advokasi Emas, sebenarnya agak sukar sedikit menerangkannya kerana, secara zahirnya tiadalah mendapat Bonus bagai, apa yang boleh summarykan, bagi kay , inilah dia kelebihannya
  • Penambahan Ilmu
  • Sering belajar dan rasa ingin tahu
  • Mendapat jemputan dari sekolah - sekolah untuk menyampaikan modul VLE Frog
  • Paling penting sebenarnya ,kami punya networking yang sangat luas, di seluruh negara, alhamdulillah, seperti slogan untuk Leaps of Knowledge Tahun 2016, "Creating Connection"
  • Alhamdulillah, kami juga dibekalkan oleh FrogAsia sedikit cenderamata untuk diberikan sebagai saguhati kepada guru-guru sewaktu kami dijemput sebagai fasilitator @ Penceramah
  • Moga ilmu kami dimanfaatkan untuk anak-anak murid cikgu



Monday, February 26, 2018

Tambah Ilmu ~ Penyungguhan Kendiri - Positif Selalu ~ Dalam Diri #DiariVLE ep.3

Bismillah, Alhamdulillah #DiariVLEepisod3
Sekali lagi Kami GengTTA dijemput untuk menjadi Jurulatih Utama aka Fasilitator bagi sesi Latihan Dalam pekhidmatan (LADAP VLE 2018) di SMK Merchang , Marang yang telah berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Marang. Ianya terletak di kawasan persisiran Pantai dan Jeti Marang. Tajuk Modul :  PIE , dan kay masukkan juga Kuiz Interaktif Quizizz untuk menjadikan suasana lebih meriah dan santai . Rata-rata guru memberi respon yang baik dan seronok berladap pada hari tersebut. Alhamdulillah. Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Jemput Kami Lagi.... :)

Antara GengTTA yang Santai Berkongsi Ilmu dengan Kay ialah :
Moderator Awesome : Cg Cherry ANis
Fasilitator Hebat  : Encik Iswady (PKG Bukit Besar)
Fasilitator Sempoi lagi Cool : Cg. Zawiah Hasnah 
Fasilitator Superb Penuh KeAyuan : Cg Nor Azlina
Modul : P.I.E , Modul Asas Ber VLE

Gambar Fasilitator GengTTA
Terima Kasih SMK Merchang, sudi jemput Kami semua, semuanya terbaik, Guru-guru pula sangat sporting, sangat bersemangat dalam setiap yang diajar
Pengetua SMK Merchang yang sangat Awesome, Tn Hj. Zakaria Abd Rahman, Tahniah!!Dapat juga Keychain Froggy~ Menang Quizizz


Apa yang telah menarik minat kami dan juga sahabat lain , dan ramai yang sangat berminat dan ingin tahu Penerangan Lanjut kepada Tajuk Ladap yang telah dipilih Oleh SMKM , iaitu " Penyungguhan Kendiri "

Jadi Kali ni, kay buat carian, dan inilah maksud kepada Tajuk Ladap pada hari itu


Penyungguhan - ejaan : [pe.nyung.gu.han] | ڤڽوڠݢوهن

Definisi : perihal menyungguhkan (membenarkan, mengiakan), pembenaran, pengesahan. 
(Kamus Dewan Edisi Keempat) 

Manakala Kendiri pula :-

[ken.di.ri] | کنديري

Definisi : sendiri; kekendirian keadaan atau sifat kendiri; kediri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.
Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara memahami konsep kendiri[1]
Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963), berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu:

  • tanggapan diri seseorang individu
  • proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu
Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.
Konsep Kendiri Positif

Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil.

Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif
  • Menghargai
  • Memuji orang lain
  • Puas hati dengan pencapaian
  • Murah hati
  • Mudah berkawan
  • Puas hati dengan dirinya
  • Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya
  • Peramah

Secara keseluruhannya, bolehlah kita rumuskan , Tajuk Penyungguhan Kendiri (idea asal oleh Pengetua SMKM sendiri ) yang telah dipilih oleh SMK Merchang merupakan tajuk LADAP yang sangat tepat dalam melahirkan serta menjadikan semua guru yang hadir pada hari tersebut menjadi Guru yang Terbaik dan Positif dalam diri mereka.Kalau dalam ayat Teganu " Sungguh Dalam Diri " and I wish All the best SeMerchang !!!!!
Antara Rangkuman Gambar


Apa yang baik itu datang Hanya DariNya,
Apa yang buruk dan lemah itu adalah kekhilafan kami semua .
Sehingga ketemu lagi, Wassalam
P.S.K.I 

Wednesday, February 21, 2018

We Care, We Share- IT4U@Besut - FIK- UniSZA

Bismillah
Selari dengan Ilmu dan Akhlak,
Baru-baru ini, Fakulti Informatik dan Komputeran UniSZA kampus Besut dengan kerjasama beberapa agensi luar telah melancarkan Program Bersama Komuniti Besut yang diberi nama IT4U@Besut
Antara Anak Angkat

Antara program yang dijalankan sepanjang satu hari pada Isnin 19hb 2 baru ni ialah :

  • Penyerahan Laman web Agensi
  • Penyerahan Watikah Pelajar Angkat ICT
  • Persembahan Nasyid
  • Gimik pelancaran
  • Kursus Adobe Photoshop dan Robotik
  • dan banyak lagi
 Perkongsian yang ingin Kay sampaikan kali ini

  • Ayuh Tambah Ilmu
  • Selalu berkomuniti dan Bermasyarakat
  • Kongsi Ilmu yang kita ada
  • Jomlah sambung belajar di UNISZA , lebih-lebih lagi Fakulti Informatik Dan Komputeran
  • Berilmu, BerIman dan BerAkhlak
Insyallah, Sabtu ni Kay akan berkongsi Ilmu VLE ok
sehingga berjumpa lagi di penulisan Santai Kongsi Ilmu with Cikgu kay
baiii, Wassalam

Monday, February 12, 2018

~Using New Tools For PDPC ~ Pembudayaan VLE Semakin Diminati

Bismillah,
Minggu ni Kay di beri peluang berkongsi ilmu di SK Gong Nangka , terima kasih sudi jemput kay ye. (10 feb 2018, Sabtu)

Antara yang kay dapat kongsi

  1. quizziz ( featuring Cg Jasleen - Admin VLE SKGN yang awesome )
  2. kahoot
  3. modul pie + chendol (external link)
  4. pengenalan kepada padlet
  5. explore Telegram sikit
  6. Cg Jasleen introduce Airmore , mirroring sikit 
  7. SlideShow Gambar sepanjang Ladap - special kay hadiahkan untuk SKGN
Apa-apa pun, SK Gong Nangka punya Guru Besar yang sangat hebat dan sporting , semua guru pun bersemangat kalau punya GB yang mantap ilmunya, belajar dan berkongsi bersama. Terbaiklah SKGN. Terima Kasih daun keladi, lain kali boleh jemput lagi.
SKGN terkenal dengan TV GONang dan Simulasi kapal Terbang, Kelab Aeronatik yang superb. All the best !!!

Alhamdulillah, Wassalam
Belajar, Kongsi, Mudahkan
"Embrace The Knowledge"


Monday, February 5, 2018

Penulisan Santai Kongsi Ilmu

Bismillah
Ayuh Tambah Ilmu semua, Kita sama-sama Belajar.

Hari ni kay nak kongsikan hasil contengan waktu bengkel GEG (terima kasih pengajar GEG credit to them,), kay pun tak ingat tahun bila, rasanya akhir tahun 2015, takpun akhir tahun 2016, terjumpa waktu mengemas,hehe, walaupun mungkin info ni rakan-rakan dah tahu, kay akan pahatkan kat sini sebab takut kertas contengan tu akan hilang lagi. Ianya mengenai "Search" dekat Mr Google. Ayuh kita test dekat korang punyaCarian di Google
  1. Timer , kalian taip sahaja timer kemudian diikuti dengan berapa saat atau minit kalian nak. contohnya "timer 1 minutes" , maka carian Google akan terpapar
  2. Flights , Penerbangan ke mana sahaja anda taip, akan keluarlah, contohnya "flights to Langkawi" Google akan padankan carian tentang penerbangan ke Langkawi , kadang-kadang terus ke penerbangan yang di cadangkan, paling murah ke,atau paling ideal ke,dan sebagainya.
  3. Time in , ianya membawa maksud kita nak tahu masa dekat Negara tersebut, contohnya "time in korea" , google akan memaparkan masa sebenar di Korea beserta masa dan siap bagitahu tarikh lagi tau.
  4. Graph Cos (x) , yang ni kay jarang guna, maklumlah ajar sekolah rendah tak memerlukan Cos, Sin, Tan sangat, yang ni kalian boleh cuba untuk tahu nilai dan graf ye.
  5. Conversion Calculator , taip sahaja conversion calculator tu, anda boleh tukar apa sahaja unit, contohnya kg kepada gram, kilometer kepada meter, atau centimeter dan sebagainya
  6. Lyrics , kalau nak tahu mana-mana lirik lagu, taip sahaja contohnya "Gangnam style lyrics" , carian akan paparkan lirik lagu tersebut.
  7. "20000 = English" , cuba anda taip, naahhh, apa yang terpapar, ya betul, ejaan 20000 dalam perkataan English la. "twenty thousand " kannn
  8. "potato vs rice" , ok,kali ni, bukan lawan bola ke,atau lawan main, tapi kita boleh tengok atau boleh semak kalori dan nilai kesihatan antara dua jenis makanan tersebut.
  9. "Chelsea vs Everton" haaa, yang ni baru nak tengok lawan bola
  10. "books by Michael" akan memaparkan antara buku yang ditulis oleh insan yang bernama Michael .
  11. Type "(tajuk cerita) episodes" sekiranya anda ingin melihat episod sekian-sekian bagi cerita yang anda hendak tengok.
  12. "Reverse Image Search > image search - klik camera - upload > from your pc " ianya untuk "You can use a picture as your search to find related images from around the web. How reverse image search works When you search using an image, your search results may include: Similar images."
  13. Sekiranya anda ingin tahu kedai terdekat yang sediakan makanan contohnya "spaghetti near <21300>" type sahaja area code yang anda inginkan , kalau KL contohnya "spaghetti near <53300>" , so nanti keluarlah paparan kedai mana yang jual Spaghetti tu .
  14. Apabila taip "mothers day" pula , carian akan memaparkan " 
    Ahad
    13 Mei ,
    Hari Ibu 2018 (Malaysia)
    "
Ok semua, setakat itu sahaja dahulu, terima kasih kepada Tok Guru yang ajar kepada kami ilmu ini. Nanti kalau saya ingat, saya masukkan semula nama Tok Guru dalam ni ye.

Saturday, February 3, 2018

#BUMI HARAMAIN , PERSEDIAAN DAN CABARAN MEMBAWA WARGA EMAS DAN KANAK-KANAK - IBADAH UMRAH

Bismillah....
Tekad Berdoa, Tekad Berusaha, Tekad Merealisasikannya...
Debaran datang, Seribu Harapan, Hati kian Tenang, 
Gambar inilah selalu membuatkan kita menangis tanpa kita sedar, Allahuakbar!

Kay menulis tinta yang hampir sebulan ingin dipublished kan , tapi tidak klik pada butang published, kemudian terfikir lagi ,berfikir dan terus berfikir mungkin dengan penulisan santai kongsi ilmu ini dapat memberi input kepada jemaah yang ingin membawa warga emas, ibu ayah yang sudah tua serta anak-anak yang masih kecil. Moga sedikit panduan ini dapat membantu rakan-rakan Jemaah yang membawa anak-anak serta ibu bapa mereka dan memudahkan persediaan awal mereka. Sebab kay pun juga ada membaca artikel untuk persediaan menunaikan Umrah. Namun panduan untuk menghadapi cabaran serta persediaan dalam membawa warga Emas dan anak kecil tiada dalam carian yang sepadan.

--Ubat-ubatan--
1. Bawa ubat-ubatan yang mencukupi (letak dalam luggage besar yang nak kena check in tu ye)
2. Kalau boleh bawa lebih , lagi bagus, boleh bagi dekat rakan- rakan yang lupa bawa.
3. Standby sikit untuk diletakkan dalam beg handcarry
4. Antara ubat (ubat demam,selesema,batuk,bam,minyak angin dan sebagainya.)
5. Oh! jangan lupa, kena buat buku suntikan terlebih dahulu , ada yang 3 tahun, ada yang 5 tahun.
6. Ada juga doktor yang mencadangkan bawa ubat antibiotik siap-siap, especially antibiotik untuk batuk.
7. Untuk anak, saya standby ubat demam yang perisa oren. Untuk ubat batuk, saya standby Hurix madu.
8. Ubat dekat farmasi kat sana pun mahal, tapi memang banyak jenis ubat sebenarnya, saya memang suka masuk Farmasi kat sana.Bila Hurix saya dah habis, terpaksa juga beli . Ubat tu ada daun thyme. Agak pelik, tapi alhamdulillah, sangat melegakan batuk.
9. Bagi saya, antara ubat yang paling best ialah air Laban . Susu perisa mangga dan strawberi. Baik untuk tenaga badan kita. 

--Passport--
1. Jom ke UTC sahaja, mudah dan cepat, masa kami pergi ,dalam 2-3 orang sahaja.
2. Harga dewasa RM200, anak-anak dan ibu saya RM100 seorang.
3. Jangan lupa gambar Visa ye, pakai tudung hitam ye bagi muslimah.
4. Dan tak boleh berkacamata sewaktu buat pasport.

--Kerusi Roda -- @ Wheelchair --
1. Lebih baik bawa sendiri kerusi roda
2. Kalau tidak mampu, boleh bertanyakan kepada agensi kalian.
3. Cara lain yang pernah saya cuba sendiri, cuba pinjam dekat tempat yang diwakafkan. Kalau tak silap saya, ada dalam 4 tempat , di setiap bucu Masjidilharam
4. Kalau boleh beli, beli yang ringan , mudah di angkat ke sana ke mari. Harga kalau biasa 20kg, dalam RM250-300. Kalau yang ringan sangatlah banyak, Harga dari RM500 dan ribu-ribu ke atas.

--Pakaian--
1. Kami pergi masa musim sejuk, jadi kena bawa lebih sedikit, biasanya ramai yang pesan, boleh basuh dan sidai je dalam bilik, bawa tali siap-siap la, boleh jemur la, tapi kami pergi musim sejuk, maka kain susah nak kering. 
2. Kalau nak hantar dobi, ada je, tapi mahal la, kalau kat tempat kita, RM 7 untuk sekilo, tapi kat sini, 7 riyal untuk sehelai, hehe, kalau terdesak, hantar je lah untuk Dobi, memang siap iron lagi, hangar pun dieorang bagi. Terbaik.
3. Waktu musim sejuk, saya pakai baju 4 helai, diikuti dengan Kain Telekung Sembahyang menjadi pakaian yang kelima saya. Sejukkan? ibu saya lagi la, saya pastikan ibu saya pakai baju yang tebal.
4. Stoking, sila bawa banyak, ada yang stokin wuduk, lagi bagus kalau bawa. Stoking Tawaf pun bagus juga kalau beli.(tapak stoking tawaf tebal, baik untuk tapak kaki ibu saya), warna hitam dan coklat serta putih.
5. Stongan pun sangat penting. (stoking tangan)
6. Tudung pula, saya bawa dalam 4 helai, siap yang berdagu, Telekung bawa 3 helai, kain tak payah bawa ye.
7. Untuk muslimah, sila bawa "Tuala Wanita" dan juga Pantyliner yang mencukupi.Banyak sangat manfaatnya, dekat Makkah dan Madinah memang ada jual, tapi sangat mahal. Tapi saya beli juga, dekat Pasaraya Bin Dawood. Sebab ingatkan dah bawa cukup, rupanya tak cukup.
8. Selipar bawa 2 pasang pun tak apa. Kalau hilang tu, anggap saja sedekah . Selipar dekat sana banyak, boleh beli, ada 10 riyal, 20 riyal, comel je, paling murah selipar dekat Mekkah 3 riyal saja.

--Bagasi--
1. Optimumkan bagasi, bawa dan anggar betul-betul, saya bawa 4 luggage besar. 3 handcarry yang beroda 4(yang ni kakak saya bagi pinjam) boleh bawa naik kapal terbang, senang sikit anak-anak nak tolak  , 2 beg handcarry yang boleh galas (saya standby untuk bawa kain Ihram , saya letak dalam luggage)dan 5 beg sandang kat bahu. 
2. Kalau boleh , letakkan riben warna warni, senang nampak bagasi kita dari jauh.
3. Letak gambar dan info kita siap-siap dekat setiap bagasi.
4. Dekat kerusi roda mak saya pun, saya tampal kertas sticker.
5. Saya berkongsi beg dengan anak perempuan saya. Bagasi mak saya, saya masukkan sekali bekalan makanan dan ubat-ubatan.

--Pertukaran Mata Wang--
1. Boleh tukar saja duit di tempat money changes yang berhampiran. Saya tukarsikit sahaja.
2. Sebab saya boleh cucuk duit kad bank saya dekat mana-mana sahaja ATM yang berdekatan dengan hotel. Lagi mudah dan senang, tak perlu bawa banyak duit kat tangan. Bila perlu sahaja baru cucuk duit. Sebelum tu, jangan lupa hubungi customer service Bank kalian untuk settingkan international pada Kad Debit kalian semua. Kalau saya dan suami, just klik card management dekat maybank2u.Kalau nak senang,takut tersilap, boleh setting tu sambil bercakap phone dengan pegawai perhubungan Bank.

--Bekal Makanan--
1. Apabila bawa anak kecil dan ibu, kena pastikan bawa bekal yang biasa mereka makan.
2. Macam roti, biskut, paling penting, mak saya dan anak saya akan minum susu apabila awal pagi. 
3. Bawa tisu banyak-banyak.
4. Bawa plastik banyak-banyak.
5. Masa naik flight, pastikan bawa botol kosong mineral yang kecil, senang nak masuk toilet,kalian sedia maklum, dalam kapal terbang tiada wayar paip nak basuh,hehe.

--Perjalanan Menuju Kebahagiaan--
1. Perjalanan kami agak mencabar kerana kami turun di Airport Madinah jam 5.50 petang.
2. Kemudian bersiap untuk Ihram , Niat Ihram di Bir Ali.
3. Naik bas semula, konvoi beramai-ramai, dalam 12 buah bas ke Mekkah jam 9 malam.
4. Sampai Mekkah Jam 3 pagi lebih kurang, siap-siap untuk menunaikan Tawaf jam 4 pagi.
5. Memandangkan mak saya berkerusi roda, Mutawif menasihatkan agar kami mengambil upah pelajar Indonesia yang bekerja sebagai Mutawif sambilan untuk membacakan serta menolak mak saya bermula dari hotel dan sehingga selesai , hantar semula balik ke Hotel.
6. Upah dalam 350 Riyal, saya juga ada bertanya dengan agensi Umrah yang lain dan harga upah adalah harga yang standard. 
7. Mereka mutawif sambilan yang sangat bagus, bacaan yang jelas, menjaga mak saya. Saya senantiasa memerhati bersama dengan suami dan anak-anak. Walaupun sebenarnya saya tidak perlu ikut mak saya. (kami tawaf dan saie tingkat 2). Sepatutnya kami tawaf dekat dengan Kaabah. Tapi anak-anak dan suami saya berjanji akan senantiasa bersama dengan TokWan mereka. 
8. Kalau penat, boleh berhenti minum air Zam-zam yang sangatlah sedap. Allahuakbar
9. Waktu kami tawaf hampir kepada waktu Subuh, masa tu tak ramai orang.
10. Kami saie pula lepas Subuh, pun tak ramai orang.
11. Lepas tu, kami balik ke Hotel dan makan.
12. Jarak Hotel dengan MasjidilHaram dalam 800 meter lebih kurang(maklumlah pakej paling murah kami pilih, memandangkan kami berlima), agak jauh tapi kami seronok dengan melihat CiptaanNya, melihat deretan kedai dan yang paling best, anak-anak saya suka beli Aiskrim. di Madinah, Hotel sangat dekat, dalam 50 meter dan dekat dengan Pintu 15 dan 16.
13. Antara tip penting juga, senantiasa ingat Pintu Masuk, Selipar, Kedudukan Tandas, Bawa Botol Sembur untuk Wudhu'(biasanya boleh dibeli dekat kedai-kedai yang jual barang Haji dan Umrah,saya pinjam saja dekat kakak saya).
14. Untuk Ibadah umrah kali kedua dan ketiga, saya tekad dengan mak saya untuk tawaf dekat dengan Kaabah, Alhamdulillah, Allah permudahkan, mak saya boleh berjalan , dan saya ikat getah tangan saya dengan tangan anak perempuan saya. Oh ye, lupa nak mention, ibu saya bukanlah tidak boleh berjalan kaki, namun kita sedia maklum di usia 73 tahun, daya kudrat agak terbatas, namun semangat mak saya kuat, akhirnya kami tawaf dekat dengan Kaabah, waktu tu kerusi roda, anak lelaki dan suami saya yang jaga. Semasa Saie, mak saya akan menaikinya semula.

Sekian sahaja buat waktu ini, nanti di lain ruangan saya masukkan lagi beberapa kisah manis bersama dengan keluarga saya.
Wassalam

Thursday, February 1, 2018

Tahun Harapan, Penuh Impian < Realisasikan 2018>

Bismillah,
Menuju Wawasan,
"Wawasan Diri, Penuhi Dada Dengan ILMU
Wawasan Agama, Bekalan Masa Depan & AKHIRAT"

Memetik dua ayat dalam Lirik Lagu, Kumpulan UNIC,
Minat lagu ini sejak tahun 2001, waktu itu, masih baru lagi dalam menuntut ilmu di menara Gading, dan sekarang masih lagi meneruskan Perjuangan mencari ilmu, apa-apa pun, Good Luck Buat Semua Sahabat yang seAngkatan dengan saya .
Kita sentiasa Boleh, BiIznillah dengan Usaha dan Doa...

Jom, Minggu Lepas Kay berpeluang Embrace The Knowledge di 3 buah tempat
27.01.2018 di SK Bukit Sawa, Marang, Terengganu.
Berpeluang berkongsi Ilmu Modul Asas VLE buat Guru (P.I.E plus ChenDoL)
Moga semua Guru di SKBS manfaatkan segala Ilmu yang dicurahkan... :)
Guru Besar yang sangat sporting, rakan-rakan guru pula sangat memberi kerjasama..
antara feedback :-
#QnA - cara nak embed power point dalam VLE
#QnA - cara nak upload video
#QnA - cara nak akses Kahoot
Alhamdulillah, kemudian, pada 28.01.2018
berwatakkan sebagai ibu bapa, kami mendengar taklimat VLE di SK Pulau Kerengga,
Terima Kasih Puan Syafa, dari Unicliq, GB- Cikgu Mat Azan, dan Penyelaras VLE , Cg Mardiana yang sangat bersemangat dalam membudayakan VLE di SKPK . Ayuh sama-sama... :)
Then petang, dalam Jam 3, terus menyelusuri denai indah dan permai ke SK Bukit Jejulong,
syukur dapat ketemu, rakan-rakan seperjuangan Terengganu Teacher Advocated (TTA).
Antaranya , En EL Gamillo- BTPNT, Ustaz Zul PKGBP , Cg Zawiah dan Ustazah Roslina....
Bila ketemu, pasti ada ilmu baru yang dikongsi bersama
#SearchEngine
#CreateGroup
#iKelas
En EL yang mantap dan fokus dalam memberi input dan info

hopefully, kali ini Istiqamah lah saya dalam meneruskan Penulisan Santai Seronok Kongsi Ilmu (SSKI) Embrace The Knowledge .
Terima Kasih Sudi meluangkan masa membaca coretan Kay...
Wassalam