Ayuh Tambah Ilmu

Kejarlah mencari Ilmu,
Bergurulah dalam menakrifkan sesuatu,
Bersahabatlah dalam menyebarkannya,
Agar diri kita senantiasa DirahmatiNya

Thursday, November 15, 2018

#Skypeathon2018 , 1 Permulaan Baru, 💻🇲🇾📲Jom Mengembara Ke Negara Luar


Skypeathon 2018 , Satu Permulaan Baru Meneroka Negara Luar & Berkongsi Ilmu🇲🇾🗺️🖊️📝💻📲🖥️
Bersama Murid 5 Ibnu Khaldun

10.11.2018, Melihat promo Cikgu Aman melalui Facebook, mula bertanya dan meng Google, oooo, tapi macam mana ya, 

Mula Sign in Microsoft Education , oh rupanya memang Kay dah ada akaun Microsoft, mula explore, walaupun sebenarnya tiada plan dan tak tahu bagaimana bermula....

Yang penting install aplikasi skype dekat handphone masing-masing ,dan juga dekat laptop kalian
Pastikan Emel yang kita skype dekat handphone sama dengan akaun Microsoft education @ MEC , baru senang nak link.

Google dan save semua maklumat yang dapat melalui group Skypeathon Team Malaysia, Cg Zulhilmi, Puan Anita, Dr Azma, Cg Aliff dan semestinya Cg Aman.

11.11. 2018 , mula mencari ilmu bagaimana untuk skype dengan Cikgu dari Luar Negara , explore apa itu MEC , Mystery Skype , Skype Classroom.

12.11.2018 , Percubaan pertama dengan Cikgu Halizah dari Johor, Alhamdulillah Berjaya Skype Kali Pertama , Test,test,test dan Teacher Kalpana from Brunei Darussalam bersama murid 5ik dan 6ik serta dapat skype dengan Cikgu Azrul dari Shah Alam.

Balik rumah, print bendera Terengganu, Logo Sekolah, Jalur Gemilang, fikirkan aktiviti, sebab bila tengok team lain buat persiapan banner, pakaian seragam seperti silat, dikir barat, gamelan, tarian,zapin dan macam-macam lagi.

Tak sempat untuk buat persiapan rapi kerana masalah teknikal seperti tiada paparan TV/LCD yang cantik, webcam, microphone dan juga speaker, but next time, insyallah, i'm preparing the good one❤️📲

Then, 13.11.2018 bermula dengan Teacher Bai from Philippines, dan Teacher Ruth Ling ,dari SK Sri Payung, Manjung Perak 
Then join Skype Kahoot 1 Cup bersama Host Steve from United States of America, dan juga beberapa buah negara lagi , India, Vietnam, Pakistan, Brunei, Thailand sangat meriah dan menarik, anak murid 6Ik teruja sangat.

Cabaran pada hari 13.11.2018  ini saya perlu membuat persiapan untuk hari anugerah cemerlang di sekolah saya, namun begitu cikgu cikgu sangat Sporting, memberi kerjasama untuk sama-sama bergambar dan membuat ucapan sekaligus bersama anak murid di dewan. 

Alhamdulillah
14.11.2018, hari ini mula mula fikir, sedih sebab tak dapat buat sesi Skypeathon kerana berkursus , namun begitu cuba juga sewaktu balik sekolah dan dapat juga ber skype dengan Cg Aman ,Ikon Kebangsaan kita, dan juga bersama dengan Cg Aisyah dari Kedah dan juga Sir Kamal  dan murid beliau dari India🇮🇳 . Sebelum lena sempat lagi beramah mesra dengan cikgu dari Tunisia, Azerbaijan dan Rusia, Subhanallah, walaupun tak sempat nak Request Mec dekat #MysterySkype , kay rasa dah ok untuk pengalaman pertama😎

Satu lagi penambahbaikan yang kay buat ialah susunan jadual Request for Mystery Skype, kene tahu timeline masa, lewat ke cepat untuk setting video call dan sekaligus untuk point miles. Jangan lupa buat Jadual.
Oklah daripada tak mulakan langsung, sekurang-kurangnya banyak yang dipelajari dan diambil tindakan selepas ini untuk Skypeathon 2019.

Untuk Mystery Skype , boleh lakukan aktiviti meneka negara dan Daerah.
Untuk aktiviti bersama anak murid, boleh ceritakan makanan negara kita, budaya kita, pakaian kita, tempat menarik di negara kita dan banyak lagi, so Skypeathon, jumpa 2019 biiznillah.🤩😎😘👍

Dari 0 miles kepada 33373 miles

Participations: 8 / Miles Traveled:33373

And 5 countries visited

Oh yea, lupa nak mention, mesti follow Twitter, Facebook dan juga Instagram Microsoft Education, Skypeathon untuk dapat maklumat yang terperinci.
#skypeathon2018 #microsoftedu #EmbraceTheKnowledge


Sunday, October 28, 2018

MINGGU PEPERIKSAAN?JOM SEMUA, APA YANG SAYA PERLU SEDIAKAN

Bismillah,

Alhamdulillah, setelah hampir 10 bulan menelaah pelajaran bersama guru dan rakan-rakan serta ibu bapa, maka inilah saatnya , seperti menuai lah kata orang-orang tua, So, apa yang perlu anak-anak lakukan apabila menjelang peperiksaan
Sekadar Gambar Hiasan, Dari Mr Google


  1. Tahu bila peperiksaan akan berlangsung
  2. Dapatkan jadual waktu dari Guru Kelas atau Guru lain
  3. Fahami setiap jadual tersebut (Berapa hari, bila mula exam, dalam sehari subjek apa)
  4. Persediaan dan Ulangkaji matapelajaran (ini bergantung kepada tahap minda anak-anak, ada yang boleh baca banyak,ada yang boleh baca sikit sahaja dan ada yang jenis "last minute study",kadang-kadang gempak je result dieorang)
  5. Selain matapelajaran (m/p) teras, m/p elektif turut juga harus diberikan caknanya, contohnya bilakah time exam pendidikan seni visual, jadi kena prepare barang seni dengan lebih awal
  6. Buatkan nota cepat belajar, seperti gunakan Peta i-think (dulu-dulu kami panggil PetaMinda)
  7. Setelah usaha dibuat, selebihnya kita serahkan dan bertawakal kepadaNya
  8. Kalau ada Topik yang tidak faham, boleh terus bertanyakan kepada Guru m/p.
  9. Banyakkan Berdoa, Solat Hajat, Tapi bukan solat hajat sahaja yang penting, solat Fardhu lagi utama, Jaga solat di awal waktu dan banyakkan mengaji.
  10. Berbincang dengan ibu-bapa tentang peperiksaan yang akan berlangsung, kalau boleh ulangkaji bersama-sama. Mohon restu mereka
  11. Kalau ada geng (kawan-kawan), boleh buat study group. 
Rasanya setakat ini dahulu, lain kali kalau T.K jumpa lagi bahan, T.K tulis lagi ye

Wednesday, October 24, 2018

Ayuh Mahirkan Modul SATE dan CHEF Untuk Admin VLE

Bismillah 📝💻📚

Alhamdulillah, semalam 23.10.2018, Selasa, berkesempatan memberi pendedahan kepada modul SATE VLE, Peserta kursus terdiri daripada Admin VLE melibatkan PKG Marang dan PKG Bukit Payong, sekolah rendah dan menengah.

Selain dari modul SATE, modul Chef untuk admin juga turut disampaikan oleh En El Gamillo, selaku Ketua Meja VLE di BTPNT.

Manakala untuk slot Meet Share and Learn  diseliakan oleh Ustaz Zulkifli,dari pkg Bukit Payong.
Klik Untuk melihat Galeri
Jom Mahirkan Diri anda semua
#EmbraceTheKnowledge💻
#DenganKaySantaiJe 🤩

Bengkel Mudah Mengajar~Memang Mudahkan Rakan Guru

Bismillah 📝💻📚
Jom Tambah Ilmu

Sekali lagi kami berpeluang mencari dan menggali ilmu baru dalam slot Bengkel Mudah Mengajar yang disampaikan oleh Cikgu yang tidak asing lagi, Cg Herryan, dari Johor, Antara apps terbaru yang kay dan kawan kawan dapat ialah

  1. Google Keep, aplikasi Google untuk catatan Nota yang lebih superb fungsinya
  2. Charades- Bermain bersama murid,memang best
  3. Animated Text, gambar jadi lebih menarik
  4. Random Name Picker, salah satu tools untuk pilih lucky draw atau nak pilih muriddalam kelas
  5. JamBoard, salah satu aplikasi presentation yang best kepada murid
  6. YouTube, pengurusan dan playlist di dalamnya
  7. Antaranya disebut juga kelebihan menggunakan Chrome cast, Chromebook
Overall memang sangat best dan meriah, Guru berkesempatan explore apps baru
Thanks Cg Herryan , Lain kali ajar kami lagi.
Moga Allah Merahmati ilmu-ilmu yang kita dapat untuk dikongsi bersama dan digunakan kepada anak didik kita
Dengan Kay, Santai Jer🤩
#EmbraceTheKnowledge
Eksplorasi Dunia Digital,Teacher Kay

Sunday, October 21, 2018

SEMINAR DIGITAL CLASSROOM #MYDIGITALMAKER - ARENA AXIATA [30 September 2018]

Bismillah💌

Dari jauh kami berkelana, menaiki Coaster BTPN STETerengganu , alhamdulillah, kami tiba di BTPN Selangor dengan Selamat .
Perjalanan Kami Bermula pada 29hb September 2018 di pagi Sabtu, Cuaca sangat baik.
Keesokan harinya, 30 September 2018, Ahad, Kami dengan penuh bersemangat menuju ke Arena Axiata Bertempat di Bukit Jalil untuk mengikuti Bengkel Digital Classroom bersama Sifu Cikgu Aman, Ikon Guru Kebangsaan 2017.


Antara yang kami grab ialah:

  1. STEM, Roll-A-Dice
  2. Paint 3D (belajar buat ikan 3D)
  3. Mixed Reality (siap boleh bergambar dengan Dinasor)
  4. HP Reveal (Aplikasi AR-augmented reality)
  5. Paling Best, Zappar (aplikasi Augmented Reality juga)

Jom semua, yang mana berkelapangan, follow ilmu baru, tools baru, apps baru dan banyak lagi

#JomTambahIlmu
#SantaiDenganKay

Jom Hadam Modul S.A.T.E (Modul SATE) VLE

Bismillah😃🙂🖳🖧

Start And Teach Easily (SATE)


Alhamdulillah, setelah didedahkan dengan SATE yakni penerangan pertama kali oleh En.Syed Ridha dan En.Othman , Wakil Pegawai Perhubungan Frog Asia Cawangan Negeri Terengganu , pada 19.September 2018  di SMK Tun Telanai, Then sekali lagi kay diberi peluang mencari ilmu di PKG Tok Jiring , bersama Pegawai Teknologi Pendidikan Pn.Norliza yang Awesome, bertempat di alamat SK Tok Jiring, barulah kay faham, nak buat apa dengan SATE, ingatkan ade pembinaan site baru ke, widget baru ke, rupanya ianya lagi best. Antara Pengisian dalam Modul SATE kali ini ialah

  1. FrogChampionShips (pertandingan antara sekolah, daerah dan Negeri)
  2. FrogHub (Aplikasi baru untuk key in code kehadiran ke bengkel dan juga create event)
  3. FrogBoost (ada site baru yang lebih terperinci pengisian mengikut Standard pembelajaran)
  4. FrogKit (Apa yang baru di VLE Frog)
  5. FrogPlay (Game Learning) 
  6. Pelan Tindakan di Sekolah (Apa yang Sekolah boleh buat )
Well, secara shortcut nya begitulah sedikit huraian tentang apa dia Modul Sate VLE , 
untuk Eksplorasi yang lebih real, jom layari site Modul Sate Kay yang kay kreditkan kepada Pn.Norliza kerana sudi sharekan ilmu beliau buat kay untuk hasilkan sendiri Site Modul Sate ini, dan ditujukan khas buat kalian.


#SantaiDenganKay
#JomTambahIlmu
#EmbraceTheKnowledge 


Sunday, September 23, 2018

Pesanan Dari Hati 📚 Menjelang Peperiksaan Buat Ibu Ayah

Bismillah 💕
Sekadar Gambar Hiasan, ~Mencari Ketenangan Hati 📚 📝 

Perkongsian Buat semua Ibu Bapa
Terutama yang bakal menjelang tak lama lagi
UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM.

Antara pengisian dari Prof Dr Muhaya yang sempat TicerKay ingat dan ulas semula , Ayuh...📚☺️

1. Time Anak Periksa, Ibu bapa ambil peluang solat hajat, baca Yaasin.

2. Berdoalah banyak-banyak, moga Allah kembalikan ingatan anak kita kepada semua ilmu yang dipelajari.

3. Banyakkan bersedekah sebelum anak periksa, cari ruang, dermalah buat insan-insan yang mampu kita dermakan.

4. Pastikan anak-anak kita SOLAT di AWAL waktu, JAGA solat, insyaallah anak kita anak yang baik.

5. Kecerdasan Emosi juga penting, kerana ianya bergerak seiring dengan Kecerdasan Minda.

6. Jaga Akidah, Akhlak dan Akademik anak, biar Seiring. Barulah anak kita akan jadi yang cemerlang

📚Kalau ada yang terlepas pandang, nanti pakat tambah ye , #EmbraceTheKnowledge sama sama

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar☺️☺️

Kejayaan anak kita bukan kerana mereka cerdik tetapi ianya adalah RAHMAT dari ALLAH❤️📚
ALLAHU....💕💕💕

#SantaiDenganKay

Monday, May 21, 2018

Ramadan Table Inspirasi Dari Kejauhan

Bismillah📚
#JomTambahIbadah #JomTambahIlmu
Akhirnya 5 Ramadan 1439h ,berjaya juga kami menyiapkan #RamadanTableyang diinspirasikan Kak Nurul Sinurha Saied Al-amoudy yang nun jauh di mata dan sangat dekat di Hati, yang kak Nurul buat nampak elegance je, yang adik buat ni sangat simple, Alhamdulillah, dengan kata-kata Semangat oleh Kak Mawaddah MN yang selalu berpesan untuk tidak malu berkongsi Ilmu (macam dalam buku Selamat Pagi CIkgu, Terima Kasih Cikgu ), dan ada juga yang diceduk dari Buku Projek Mega by Ustazah Fatimah Syarha, so kali ini rasa nak berkongsi #RamadanTable yang dihasilkan dan ianya mempunyai kriteria seperti berikut:
Fully view - #RamadanTable



#JomSedekah

 Waktu Solat as (Nasi Putih)
 Ada Quran (Lauk Utama)
 Ada #VitaminHafazan (Minuman Bertenaga)
 Ada Buku Doa (Lauk Tambah)
 Ada Digital Zikir/ Tasbih (Lauk Pembuka Selera)
 Majmu’u Ssharif (Pencuci Mulut)
 Tabung Jom Sedekah/ Jom Menabung
 Ada Masa Waktu sahur dan buka
 Ada Checklist EveryDay (Ajar Berdisiplin)
 Ada Replika Kaabah (Kiblat yang Satu)
 Ada Globe (Lihat Alam dan Bersyukur Selalu)
 Diari Ramadan (Muhasabah)
 Halwa Telinga (Dengar Nasyid dekat Laptop)
Belum siap lagi,
✓TimeTable
✓Luahan Hati Ampunkan Kami
#MejaKecilTapiRasaSemuaNakLetak

Thursday, May 17, 2018

Bulan Mei ~ Saya Sangat Suka ~ ^-^

Bismillah
Menemani Saya Selalu.... :)

Jom Tambah Ilmu
Jom Tambah Ibadah
Jom Tingkatkan Iman

Moga Allah Permudahkan Segalanya...

Selamat Hari Ibu
Selamat Hari Guru
Selamat Berpuasa

Ramadan Kareem , AllahuAkram 

Friday, May 4, 2018

PestaBuku #PBAKL2018 * Misi Library Mini Untuk Anak *

Bismillah,
Hanya RM1, rebut peluang untuk memilikinya

Subhanallah, akhirnya pada 27.04.2018, dapat juga kaki ini menjejak ke PWTC ~ Pesta Buku AntaraBangsa KL 2018, Allah sebaik-baik Perancang, ikutkan hanya turun ke KL dan Putrajaya untuk urusan di KPM, rezeki dari Allah, akhirnya perancangan kami bertambah satu slot untuk ke Pesta Buku. Asalnya ingin menggunakan pengangkutan awam, tapi bila ingat nanti nak beli buku banyak, makanya kami membuat keputusan untuk memilih drive sendiri dan parking dekat Sunway Putra Mall (Bersebelahan PWTC-cross jalan atas), memang boleh tahan jugalah harga Parking, tapi tak mengapalah, asal senang dan dekat.
Kami cross jalan atas

Sehingga ke hari ini , Pesta Buku masih lagi berlangsung, bagi warga KL, untunglah mereka, boleh berkunjung tiap-tiap hari ke Pesta Buku sehinggalah pada tarikh 6 Mei ini. 
Niat dalam hati, nak borong buku banyak-banyak, fokus kepada beli buku Mendidik hati dan jiwa buku Agama,buku pendidikan, buku cerita, dan beberapa buah buku komik ilmiah untuk anak-anak. Setelah itu, barulah menjeling sedikit kepada Novel dan Majalah-majalah Ilmiah yang lain.
Well, beberapa tips harus difikir secara bijak sewaktu ke Pesta Buku (setelah dianalisa sepanjang proses observation selama 3 jam di PBAKL2018)
  • Bawa Beg Bagasi, beroda lagi bagus.(macam nak naik kapal Terbang gitu)
  • Bawa air mineral, kot dahaga kan.
  • Untuk Muslimah, better galas beg secara silang dekat bahu anda.
  • Bawa duit secara berpatutan, anggaran berapa ratus sekian-sekian. 
  • Rancang betul-betul supaya tak ter over bajet, dan menjaga keselamatan duit anda juga.
  • Sekiranya bawa anak kecil sekali, jaga anak-anak anda, better pakaikan tali yang boleh diikat pada lengan, (takut-takut kita duk asyik pilih buku,tup-tup tak tahu anak kat mana, banyak terjadi sebenarnya sewaktu PestaBuku- kebetulan kami tak bawa anak hari tu)
  • Buat quick survey dulu setiap aras PWTC tu
  • Kalau dah pasti dengan buku tu, second round boleh terus beli
  • Level bawah , banyak Penerbit yang besar-besar dan juga Kedai Popular siap sewa satu bilik besar.
  • Ambil kesempatan, jumpa Penulis, kongsi idea dan ilmu bersama, nak best, boleh bergambar terus.

  • Berpeluang jumpa Penulis,Ustazah Fatimah Syarha
  • Selain daripada buku, waktu ini banyak booth keychain, booth tulis khat, booth lukis karikatur dan banyak lagi selain buku, yang mana murah, grab sahaja.
Alhamdulillah, sekali lagi, terima kasih kerana sudi membaca Perkongsian Santai Kay hari ni, sehingga berjumpa di Perkongsian Santai yang lain...
Wassalam 

Tuesday, April 10, 2018

10 Sebab Kenapa Kalian perlu ke Pesta Buku

Bismillah,
Pemandangan dari tingkat 1 @library Negeri Terengganu sewaktu Pesta Buku 2018

Walaupun PestaBuku Terengganu sudah pun menutup tirai pada 7hb April yang lepas, namun bagi Kay, rasanya lebih baik kay rumuskan beberapa faedah sekiranya kalian ke Pesta Buku 2018 pada kali ini, supaya Insyallah di lain tahun nanti kita boleh lihat apa perbezaan yang telah ditambah baik oleh Penganjur
1. Banyak buku yang dijual dengan Potongan #Diskaun yang banyak. (buku latihan di sekolah, novel, buku agama, komik dan majalah, alatulis, kraftangan dan banyak lagi)
2. Perasaan yang lain (lebih excited) sebab meriah dan seronok.
3. Kalian tidak perlu ke Kedai Buku untuk membeli buku dan melihatnya.
4. Ada aktiviti lain seperti mewarna tahap 1, tahap 2 dan pra sekolah.
5. Banyak aktiviti teka "berapa banyak kad" dan teka "berapa mukasurat kelompok buku-buku".
6. Environment yang baik untuk anak-anak, biasakan anak-anak kita dengan amalan membaca.
7. Menyantuni Ilmu kerana terdapat beribu-ribu buku dan kitab .
8. Pengunjung juga berpeluang mendapatkan cenderamata setelah selesai menjawab kajiselidik sempena PestaBuku
9. Waktu inilah kalian rebut peluang beli banyak buku untuk membina perpustakaan mini dekat rumah kalian. 
10. Waktu inilah sekolah mengadakan lawatan, murid akan meyertai rombongan bas, disamping mendedahkan murid kepada amalan membaca sekaligus dapat mendidik , mengajar serta mendisiplinkan murid dari segi kawalan lalulintas dan juga dari segi mendengar arahan guru dengan cara yang terbaik.

Thursday, April 5, 2018

Frogplay @MobilePhone ; Jom Install & Eksplorasi


Bismillah ✏️✏️✏️
Jom install apps FrogPlay
1. Mula-mula type sahaja frogplay dekat PlayStore anda


2. Bila dah search, tekan  je Install, sama je macam Apps yang lain


3. Then, siap sahaj Install, keluarlah paparan, tekan sahaja butang next, then isi kod Sekolah, then masukkan Id kalian seperti biasa




4. Bila keluar 3 menu tu, boleh lah kalian pilih, nak jawab kuiz ke, nak tengok report ke atau untuk setting, yang ni paparan Report
5. yang lain, seperti kalian layari dalam laptop or desktop juga. Jom apa lagi, ayuh jawab kuiz dan ulangkaji
Wassalam, jumpa lagi di lain ruangan ^-^ 




Tuesday, February 27, 2018

Iltizam Perkasa ~ Persekitaran Pembelajaran Maya ~ Remind 4 me !!!

Bismillah
Remind to me,
Perkasakannya VLE,
Bantu yang memerlukan,
Mudahkan Perkongsian,
Ayuh Bersama-sama Realisasikan.....

“Kejayaan itu menjadi batu loncatan untuk saya menggunakan kemahiran dan pengalaman bagi memastikan semua pelajar dan guru, bukan sahaja di sekolah saya, malah di seluruh Terengganu dan juga mana-mana sekolah mampu menguasai VLE dengan lebih efisien.

“Pihak Frog sendiri menzahirkan rasa kagum kerana biarpun kekangan perkhidmatan internet kerana faktor  jarak sekolah di luar bandar  tidak menghalang pelajar dan guru sekolah saya memanfaatkan penggunaan IT dalam beberapa aktiviti an aplikasi secara optimum,”katanya kepada Teganukita.

Kredit kepada : TECC December 24, 2016 
http://1tecc.blogspot.my/2016/12/guru-advokasi-emas-iltizam-perkasakan.html

Utusan , 16 Mei 2017 - Sempena Hari Guru 2017
http://1tecc.blogspot.my/2016/12/guru-advokasi-emas-iltizam-perkasakan.html

Antara Cabaran dalam Momentum
  • Penerimaan VLE dikalangan Guru 
  • Penyesuaian dalam pdpc, selama ini melalui kaedah dahulu, (chalk n talk)
  • Penggunaan Fasiliti - gadjet 
  • Coverage Internet agak minimum
  • Pemahaman setiap item dalam VLE
  • Maybe distance dari bilik darjah ke Makmal Komputer
  • Kerjasama dalam kumpulan guru memainkan peranan
  • Persepsi guru 
Penyampaian Sijil Advokasi Emas

Cenderamata dan Surat Pelantikan
Ada juga rakan-rakan bertanya , apakah kelebihan apabila dilantik menjadi seorang Guru Advokasi Emas, sebenarnya agak sukar sedikit menerangkannya kerana, secara zahirnya tiadalah mendapat Bonus bagai, apa yang boleh summarykan, bagi kay , inilah dia kelebihannya
  • Penambahan Ilmu
  • Sering belajar dan rasa ingin tahu
  • Mendapat jemputan dari sekolah - sekolah untuk menyampaikan modul VLE Frog
  • Paling penting sebenarnya ,kami punya networking yang sangat luas, di seluruh negara, alhamdulillah, seperti slogan untuk Leaps of Knowledge Tahun 2016, "Creating Connection"
  • Alhamdulillah, kami juga dibekalkan oleh FrogAsia sedikit cenderamata untuk diberikan sebagai saguhati kepada guru-guru sewaktu kami dijemput sebagai fasilitator @ Penceramah
  • Moga ilmu kami dimanfaatkan untuk anak-anak murid cikgu



Monday, February 26, 2018

Tambah Ilmu ~ Penyungguhan Kendiri - Positif Selalu ~ Dalam Diri #DiariVLE ep.3

Bismillah, Alhamdulillah #DiariVLEepisod3
Sekali lagi Kami GengTTA dijemput untuk menjadi Jurulatih Utama aka Fasilitator bagi sesi Latihan Dalam pekhidmatan (LADAP VLE 2018) di SMK Merchang , Marang yang telah berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Marang. Ianya terletak di kawasan persisiran Pantai dan Jeti Marang. Tajuk Modul :  PIE , dan kay masukkan juga Kuiz Interaktif Quizizz untuk menjadikan suasana lebih meriah dan santai . Rata-rata guru memberi respon yang baik dan seronok berladap pada hari tersebut. Alhamdulillah. Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Jemput Kami Lagi.... :)

Antara GengTTA yang Santai Berkongsi Ilmu dengan Kay ialah :
Moderator Awesome : Cg Cherry ANis
Fasilitator Hebat  : Encik Iswady (PKG Bukit Besar)
Fasilitator Sempoi lagi Cool : Cg. Zawiah Hasnah 
Fasilitator Superb Penuh KeAyuan : Cg Nor Azlina
Modul : P.I.E , Modul Asas Ber VLE

Gambar Fasilitator GengTTA
Terima Kasih SMK Merchang, sudi jemput Kami semua, semuanya terbaik, Guru-guru pula sangat sporting, sangat bersemangat dalam setiap yang diajar
Pengetua SMK Merchang yang sangat Awesome, Tn Hj. Zakaria Abd Rahman, Tahniah!!Dapat juga Keychain Froggy~ Menang Quizizz


Apa yang telah menarik minat kami dan juga sahabat lain , dan ramai yang sangat berminat dan ingin tahu Penerangan Lanjut kepada Tajuk Ladap yang telah dipilih Oleh SMKM , iaitu " Penyungguhan Kendiri "

Jadi Kali ni, kay buat carian, dan inilah maksud kepada Tajuk Ladap pada hari itu


Penyungguhan - ejaan : [pe.nyung.gu.han] | ڤڽوڠݢوهن

Definisi : perihal menyungguhkan (membenarkan, mengiakan), pembenaran, pengesahan. 
(Kamus Dewan Edisi Keempat) 

Manakala Kendiri pula :-

[ken.di.ri] | کنديري

Definisi : sendiri; kekendirian keadaan atau sifat kendiri; kediri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.
Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara memahami konsep kendiri[1]
Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963), berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu:

  • tanggapan diri seseorang individu
  • proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu
Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.
Konsep Kendiri Positif

Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil.

Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif
  • Menghargai
  • Memuji orang lain
  • Puas hati dengan pencapaian
  • Murah hati
  • Mudah berkawan
  • Puas hati dengan dirinya
  • Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya
  • Peramah

Secara keseluruhannya, bolehlah kita rumuskan , Tajuk Penyungguhan Kendiri (idea asal oleh Pengetua SMKM sendiri ) yang telah dipilih oleh SMK Merchang merupakan tajuk LADAP yang sangat tepat dalam melahirkan serta menjadikan semua guru yang hadir pada hari tersebut menjadi Guru yang Terbaik dan Positif dalam diri mereka.Kalau dalam ayat Teganu " Sungguh Dalam Diri " and I wish All the best SeMerchang !!!!!
Antara Rangkuman Gambar


Apa yang baik itu datang Hanya DariNya,
Apa yang buruk dan lemah itu adalah kekhilafan kami semua .
Sehingga ketemu lagi, Wassalam
P.S.K.I 

Wednesday, February 21, 2018

We Care, We Share- IT4U@Besut - FIK- UniSZA

Bismillah
Selari dengan Ilmu dan Akhlak,
Baru-baru ini, Fakulti Informatik dan Komputeran UniSZA kampus Besut dengan kerjasama beberapa agensi luar telah melancarkan Program Bersama Komuniti Besut yang diberi nama IT4U@Besut
Antara Anak Angkat

Antara program yang dijalankan sepanjang satu hari pada Isnin 19hb 2 baru ni ialah :

  • Penyerahan Laman web Agensi
  • Penyerahan Watikah Pelajar Angkat ICT
  • Persembahan Nasyid
  • Gimik pelancaran
  • Kursus Adobe Photoshop dan Robotik
  • dan banyak lagi
 Perkongsian yang ingin Kay sampaikan kali ini

  • Ayuh Tambah Ilmu
  • Selalu berkomuniti dan Bermasyarakat
  • Kongsi Ilmu yang kita ada
  • Jomlah sambung belajar di UNISZA , lebih-lebih lagi Fakulti Informatik Dan Komputeran
  • Berilmu, BerIman dan BerAkhlak
Insyallah, Sabtu ni Kay akan berkongsi Ilmu VLE ok
sehingga berjumpa lagi di penulisan Santai Kongsi Ilmu with Cikgu kay
baiii, Wassalam

Monday, February 12, 2018

~Using New Tools For PDPC ~ Pembudayaan VLE Semakin Diminati

Bismillah,
Minggu ni Kay di beri peluang berkongsi ilmu di SK Gong Nangka , terima kasih sudi jemput kay ye. (10 feb 2018, Sabtu)

Antara yang kay dapat kongsi

  1. quizziz ( featuring Cg Jasleen - Admin VLE SKGN yang awesome )
  2. kahoot
  3. modul pie + chendol (external link)
  4. pengenalan kepada padlet
  5. explore Telegram sikit
  6. Cg Jasleen introduce Airmore , mirroring sikit 
  7. SlideShow Gambar sepanjang Ladap - special kay hadiahkan untuk SKGN
Apa-apa pun, SK Gong Nangka punya Guru Besar yang sangat hebat dan sporting , semua guru pun bersemangat kalau punya GB yang mantap ilmunya, belajar dan berkongsi bersama. Terbaiklah SKGN. Terima Kasih daun keladi, lain kali boleh jemput lagi.
SKGN terkenal dengan TV GONang dan Simulasi kapal Terbang, Kelab Aeronatik yang superb. All the best !!!

Alhamdulillah, Wassalam
Belajar, Kongsi, Mudahkan
"Embrace The Knowledge"


Monday, February 5, 2018

Penulisan Santai Kongsi Ilmu

Bismillah
Ayuh Tambah Ilmu semua, Kita sama-sama Belajar.

Hari ni kay nak kongsikan hasil contengan waktu bengkel GEG (terima kasih pengajar GEG credit to them,), kay pun tak ingat tahun bila, rasanya akhir tahun 2015, takpun akhir tahun 2016, terjumpa waktu mengemas,hehe, walaupun mungkin info ni rakan-rakan dah tahu, kay akan pahatkan kat sini sebab takut kertas contengan tu akan hilang lagi. Ianya mengenai "Search" dekat Mr Google. Ayuh kita test dekat korang punyaCarian di Google
  1. Timer , kalian taip sahaja timer kemudian diikuti dengan berapa saat atau minit kalian nak. contohnya "timer 1 minutes" , maka carian Google akan terpapar
  2. Flights , Penerbangan ke mana sahaja anda taip, akan keluarlah, contohnya "flights to Langkawi" Google akan padankan carian tentang penerbangan ke Langkawi , kadang-kadang terus ke penerbangan yang di cadangkan, paling murah ke,atau paling ideal ke,dan sebagainya.
  3. Time in , ianya membawa maksud kita nak tahu masa dekat Negara tersebut, contohnya "time in korea" , google akan memaparkan masa sebenar di Korea beserta masa dan siap bagitahu tarikh lagi tau.
  4. Graph Cos (x) , yang ni kay jarang guna, maklumlah ajar sekolah rendah tak memerlukan Cos, Sin, Tan sangat, yang ni kalian boleh cuba untuk tahu nilai dan graf ye.
  5. Conversion Calculator , taip sahaja conversion calculator tu, anda boleh tukar apa sahaja unit, contohnya kg kepada gram, kilometer kepada meter, atau centimeter dan sebagainya
  6. Lyrics , kalau nak tahu mana-mana lirik lagu, taip sahaja contohnya "Gangnam style lyrics" , carian akan paparkan lirik lagu tersebut.
  7. "20000 = English" , cuba anda taip, naahhh, apa yang terpapar, ya betul, ejaan 20000 dalam perkataan English la. "twenty thousand " kannn
  8. "potato vs rice" , ok,kali ni, bukan lawan bola ke,atau lawan main, tapi kita boleh tengok atau boleh semak kalori dan nilai kesihatan antara dua jenis makanan tersebut.
  9. "Chelsea vs Everton" haaa, yang ni baru nak tengok lawan bola
  10. "books by Michael" akan memaparkan antara buku yang ditulis oleh insan yang bernama Michael .
  11. Type "(tajuk cerita) episodes" sekiranya anda ingin melihat episod sekian-sekian bagi cerita yang anda hendak tengok.
  12. "Reverse Image Search > image search - klik camera - upload > from your pc " ianya untuk "You can use a picture as your search to find related images from around the web. How reverse image search works When you search using an image, your search results may include: Similar images."
  13. Sekiranya anda ingin tahu kedai terdekat yang sediakan makanan contohnya "spaghetti near <21300>" type sahaja area code yang anda inginkan , kalau KL contohnya "spaghetti near <53300>" , so nanti keluarlah paparan kedai mana yang jual Spaghetti tu .
  14. Apabila taip "mothers day" pula , carian akan memaparkan " 
    Ahad
    13 Mei ,
    Hari Ibu 2018 (Malaysia)
    "
Ok semua, setakat itu sahaja dahulu, terima kasih kepada Tok Guru yang ajar kepada kami ilmu ini. Nanti kalau saya ingat, saya masukkan semula nama Tok Guru dalam ni ye.

Saturday, February 3, 2018

#BUMI HARAMAIN , PERSEDIAAN DAN CABARAN MEMBAWA WARGA EMAS DAN KANAK-KANAK - IBADAH UMRAH

Bismillah....
Tekad Berdoa, Tekad Berusaha, Tekad Merealisasikannya...
Debaran datang, Seribu Harapan, Hati kian Tenang, 
Gambar inilah selalu membuatkan kita menangis tanpa kita sedar, Allahuakbar!

Kay menulis tinta yang hampir sebulan ingin dipublished kan , tapi tidak klik pada butang published, kemudian terfikir lagi ,berfikir dan terus berfikir mungkin dengan penulisan santai kongsi ilmu ini dapat memberi input kepada jemaah yang ingin membawa warga emas, ibu ayah yang sudah tua serta anak-anak yang masih kecil. Moga sedikit panduan ini dapat membantu rakan-rakan Jemaah yang membawa anak-anak serta ibu bapa mereka dan memudahkan persediaan awal mereka. Sebab kay pun juga ada membaca artikel untuk persediaan menunaikan Umrah. Namun panduan untuk menghadapi cabaran serta persediaan dalam membawa warga Emas dan anak kecil tiada dalam carian yang sepadan.

--Ubat-ubatan--
1. Bawa ubat-ubatan yang mencukupi (letak dalam luggage besar yang nak kena check in tu ye)
2. Kalau boleh bawa lebih , lagi bagus, boleh bagi dekat rakan- rakan yang lupa bawa.
3. Standby sikit untuk diletakkan dalam beg handcarry
4. Antara ubat (ubat demam,selesema,batuk,bam,minyak angin dan sebagainya.)
5. Oh! jangan lupa, kena buat buku suntikan terlebih dahulu , ada yang 3 tahun, ada yang 5 tahun.
6. Ada juga doktor yang mencadangkan bawa ubat antibiotik siap-siap, especially antibiotik untuk batuk.
7. Untuk anak, saya standby ubat demam yang perisa oren. Untuk ubat batuk, saya standby Hurix madu.
8. Ubat dekat farmasi kat sana pun mahal, tapi memang banyak jenis ubat sebenarnya, saya memang suka masuk Farmasi kat sana.Bila Hurix saya dah habis, terpaksa juga beli . Ubat tu ada daun thyme. Agak pelik, tapi alhamdulillah, sangat melegakan batuk.
9. Bagi saya, antara ubat yang paling best ialah air Laban . Susu perisa mangga dan strawberi. Baik untuk tenaga badan kita. 

--Passport--
1. Jom ke UTC sahaja, mudah dan cepat, masa kami pergi ,dalam 2-3 orang sahaja.
2. Harga dewasa RM200, anak-anak dan ibu saya RM100 seorang.
3. Jangan lupa gambar Visa ye, pakai tudung hitam ye bagi muslimah.
4. Dan tak boleh berkacamata sewaktu buat pasport.

--Kerusi Roda -- @ Wheelchair --
1. Lebih baik bawa sendiri kerusi roda
2. Kalau tidak mampu, boleh bertanyakan kepada agensi kalian.
3. Cara lain yang pernah saya cuba sendiri, cuba pinjam dekat tempat yang diwakafkan. Kalau tak silap saya, ada dalam 4 tempat , di setiap bucu Masjidilharam
4. Kalau boleh beli, beli yang ringan , mudah di angkat ke sana ke mari. Harga kalau biasa 20kg, dalam RM250-300. Kalau yang ringan sangatlah banyak, Harga dari RM500 dan ribu-ribu ke atas.

--Pakaian--
1. Kami pergi masa musim sejuk, jadi kena bawa lebih sedikit, biasanya ramai yang pesan, boleh basuh dan sidai je dalam bilik, bawa tali siap-siap la, boleh jemur la, tapi kami pergi musim sejuk, maka kain susah nak kering. 
2. Kalau nak hantar dobi, ada je, tapi mahal la, kalau kat tempat kita, RM 7 untuk sekilo, tapi kat sini, 7 riyal untuk sehelai, hehe, kalau terdesak, hantar je lah untuk Dobi, memang siap iron lagi, hangar pun dieorang bagi. Terbaik.
3. Waktu musim sejuk, saya pakai baju 4 helai, diikuti dengan Kain Telekung Sembahyang menjadi pakaian yang kelima saya. Sejukkan? ibu saya lagi la, saya pastikan ibu saya pakai baju yang tebal.
4. Stoking, sila bawa banyak, ada yang stokin wuduk, lagi bagus kalau bawa. Stoking Tawaf pun bagus juga kalau beli.(tapak stoking tawaf tebal, baik untuk tapak kaki ibu saya), warna hitam dan coklat serta putih.
5. Stongan pun sangat penting. (stoking tangan)
6. Tudung pula, saya bawa dalam 4 helai, siap yang berdagu, Telekung bawa 3 helai, kain tak payah bawa ye.
7. Untuk muslimah, sila bawa "Tuala Wanita" dan juga Pantyliner yang mencukupi.Banyak sangat manfaatnya, dekat Makkah dan Madinah memang ada jual, tapi sangat mahal. Tapi saya beli juga, dekat Pasaraya Bin Dawood. Sebab ingatkan dah bawa cukup, rupanya tak cukup.
8. Selipar bawa 2 pasang pun tak apa. Kalau hilang tu, anggap saja sedekah . Selipar dekat sana banyak, boleh beli, ada 10 riyal, 20 riyal, comel je, paling murah selipar dekat Mekkah 3 riyal saja.

--Bagasi--
1. Optimumkan bagasi, bawa dan anggar betul-betul, saya bawa 4 luggage besar. 3 handcarry yang beroda 4(yang ni kakak saya bagi pinjam) boleh bawa naik kapal terbang, senang sikit anak-anak nak tolak  , 2 beg handcarry yang boleh galas (saya standby untuk bawa kain Ihram , saya letak dalam luggage)dan 5 beg sandang kat bahu. 
2. Kalau boleh , letakkan riben warna warni, senang nampak bagasi kita dari jauh.
3. Letak gambar dan info kita siap-siap dekat setiap bagasi.
4. Dekat kerusi roda mak saya pun, saya tampal kertas sticker.
5. Saya berkongsi beg dengan anak perempuan saya. Bagasi mak saya, saya masukkan sekali bekalan makanan dan ubat-ubatan.

--Pertukaran Mata Wang--
1. Boleh tukar saja duit di tempat money changes yang berhampiran. Saya tukarsikit sahaja.
2. Sebab saya boleh cucuk duit kad bank saya dekat mana-mana sahaja ATM yang berdekatan dengan hotel. Lagi mudah dan senang, tak perlu bawa banyak duit kat tangan. Bila perlu sahaja baru cucuk duit. Sebelum tu, jangan lupa hubungi customer service Bank kalian untuk settingkan international pada Kad Debit kalian semua. Kalau saya dan suami, just klik card management dekat maybank2u.Kalau nak senang,takut tersilap, boleh setting tu sambil bercakap phone dengan pegawai perhubungan Bank.

--Bekal Makanan--
1. Apabila bawa anak kecil dan ibu, kena pastikan bawa bekal yang biasa mereka makan.
2. Macam roti, biskut, paling penting, mak saya dan anak saya akan minum susu apabila awal pagi. 
3. Bawa tisu banyak-banyak.
4. Bawa plastik banyak-banyak.
5. Masa naik flight, pastikan bawa botol kosong mineral yang kecil, senang nak masuk toilet,kalian sedia maklum, dalam kapal terbang tiada wayar paip nak basuh,hehe.

--Perjalanan Menuju Kebahagiaan--
1. Perjalanan kami agak mencabar kerana kami turun di Airport Madinah jam 5.50 petang.
2. Kemudian bersiap untuk Ihram , Niat Ihram di Bir Ali.
3. Naik bas semula, konvoi beramai-ramai, dalam 12 buah bas ke Mekkah jam 9 malam.
4. Sampai Mekkah Jam 3 pagi lebih kurang, siap-siap untuk menunaikan Tawaf jam 4 pagi.
5. Memandangkan mak saya berkerusi roda, Mutawif menasihatkan agar kami mengambil upah pelajar Indonesia yang bekerja sebagai Mutawif sambilan untuk membacakan serta menolak mak saya bermula dari hotel dan sehingga selesai , hantar semula balik ke Hotel.
6. Upah dalam 350 Riyal, saya juga ada bertanya dengan agensi Umrah yang lain dan harga upah adalah harga yang standard. 
7. Mereka mutawif sambilan yang sangat bagus, bacaan yang jelas, menjaga mak saya. Saya senantiasa memerhati bersama dengan suami dan anak-anak. Walaupun sebenarnya saya tidak perlu ikut mak saya. (kami tawaf dan saie tingkat 2). Sepatutnya kami tawaf dekat dengan Kaabah. Tapi anak-anak dan suami saya berjanji akan senantiasa bersama dengan TokWan mereka. 
8. Kalau penat, boleh berhenti minum air Zam-zam yang sangatlah sedap. Allahuakbar
9. Waktu kami tawaf hampir kepada waktu Subuh, masa tu tak ramai orang.
10. Kami saie pula lepas Subuh, pun tak ramai orang.
11. Lepas tu, kami balik ke Hotel dan makan.
12. Jarak Hotel dengan MasjidilHaram dalam 800 meter lebih kurang(maklumlah pakej paling murah kami pilih, memandangkan kami berlima), agak jauh tapi kami seronok dengan melihat CiptaanNya, melihat deretan kedai dan yang paling best, anak-anak saya suka beli Aiskrim. di Madinah, Hotel sangat dekat, dalam 50 meter dan dekat dengan Pintu 15 dan 16.
13. Antara tip penting juga, senantiasa ingat Pintu Masuk, Selipar, Kedudukan Tandas, Bawa Botol Sembur untuk Wudhu'(biasanya boleh dibeli dekat kedai-kedai yang jual barang Haji dan Umrah,saya pinjam saja dekat kakak saya).
14. Untuk Ibadah umrah kali kedua dan ketiga, saya tekad dengan mak saya untuk tawaf dekat dengan Kaabah, Alhamdulillah, Allah permudahkan, mak saya boleh berjalan , dan saya ikat getah tangan saya dengan tangan anak perempuan saya. Oh ye, lupa nak mention, ibu saya bukanlah tidak boleh berjalan kaki, namun kita sedia maklum di usia 73 tahun, daya kudrat agak terbatas, namun semangat mak saya kuat, akhirnya kami tawaf dekat dengan Kaabah, waktu tu kerusi roda, anak lelaki dan suami saya yang jaga. Semasa Saie, mak saya akan menaikinya semula.

Sekian sahaja buat waktu ini, nanti di lain ruangan saya masukkan lagi beberapa kisah manis bersama dengan keluarga saya.
Wassalam