Ayuh Tambah Ilmu

Kejarlah mencari Ilmu,
Bergurulah dalam menakrifkan sesuatu,
Bersahabatlah dalam menyebarkannya,
Agar diri kita senantiasa DirahmatiNya

Monday, January 23, 2017

Tips Menarik Buat IbuBapa @ Guru yang Baru Ada Anak Tahun 1

Bismillah,
Sharing Is Caring,
#positifkanmereka #SayaParentBaruBelajar

Alam persekolahan telah menginjak kepada minggu keempat, banyak yang Kay pelajari setelah mempunyai anak yang baru bersekolah darjah 1, rupanya memang banyak yang kena alert, ini kerana sebelum ini, Kay memainkan 1 peranan sahaja di sekolah, sekarang bertambah menjadi 2 peranan, as a teacher dan juga sebagai ibu. Kay cuba berkongsi kerana untuk situasi Kay, anak tidak bersekolah sama dengan sekolah yang kita ajar (dalam erti kata,sekolah lain-lain).ok jom,banyak pula nak tulis kat sini, hehehe (senyumla sambil baca tips ni) #SenyumSeindahSuria

  1. Hadirkan diri anda dengan sepenuhnya sewaktu Taklimat Tahun 1 (Orientasi). Sepenuhnya kat sini bermaksud, hadir, dengar dan take note perkara-perkara yang penting, sebab lain sekolah , lain caranya. contohnya ada sekolah mengadakan ujian saringan dahulu bagi murid darjah 1, manakala ada sekolah yang tidak perlu kepada saringan. (bergantung kepada pengurusan sekolah) , contoh kedua, terdapat sekolah yang anaknya dikehendaki membawa buku teks, manakala ada sekolah yang tinggalkan buku teks pada rak yang telah disediakan.
  2. Begitu juga dengan buku Aktiviti, sila rujuk Guru matapelajaran untuk mengetahui status buku tersebut, sama ada perlu ditinggalkan disekolah ataupun perlu dibawa pulang ke rumah bersama-sama.
  3. Senantiasa rujuk Pentadbir sekolah tentang aktiviti dan program seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran atau Guru Kelas (biasanya). Ambil nombor telefon mereka. Sekarang mudah dengan aplikasi whatapps , telegram dan sebagainya.  
  4. Tulis dengan marker ke, tampal sticker pada setiap barangan anak-anak kita. Senang cikgu-cikgu nak bantu pulangkan semula.(Jangan lupa mesej dekat Cikgu tu ,ucap terima kasih)
  5. Walaupun Kay seorang guru, kita cuba bawakan watak kita sebagai parent juga untuk cuba memahami sesuatu hal, mengikut situasi dan tempat ,begitu juga dengan sebaliknya. (senantiasa bersangka baik)  supaya persekitaran senantiasa positif dan kondusif. 
  6. Dari segi bekal pula, kalau sempat masak, letak elok-elok, supaya bekal tak tumpah bila anak letak bekal tu dalam beg sekolah mereka. Jangan lupa untuk letakkan juga biskut atau roti dalam beg mereka, incase kita terlupa nak bagi duit poket, sekurang-kurangnya mereka ada makanan untuk dijamah ketika rehat. Supaya lebih mudah,letakkan duit kecemasan dalam beg anak-anak kita, dan tuliskan nama ,(kalau letak dalam plastik), yang ni Kay pernah terbaca dalam facebook seorang parent tu, memang bagus la nasihat dia,lupa pula nama FB tu.
  7. Time petang atau malam, sudah pasti kita luangkan masa untuk menyemak buku-buku mereka. kadang-kadang anak kita terlupa ada homework, so masa ni ,bagi kata-kata semangat agar anak kita dapat menyiapkan kerja rumah tersebut. Semak Jadual mereka, snap dengan phone dan hafal jadual anak. Senang untuk kita kemaskan beg mereka. Lebih elok uji mereka sebelum guru mereka uji mereka pada keesokan hari. Contohnya macam Tasmik Quran
  8. Kenali rakan-rakan anak kita. Penting untuk kita eratkan silaturrahim bersama parent rakan anak kita , manalah kita tahu, kalau ada kecemasan dan apa-apa masalah, senang kita membantu mereka. 
  9. Alertkan Persekitaran kepada anak-anak kita seperti tangga, bangunan tinggi, longkang, semak samun, ditambah pula dengan situasi musim sekarang, bila hujan, berangin ,panas dan sebagainya. 
  10. Macam ada banyak lagi nak share, tapi biasala, idea tercetus sampai nombor 9 saja tika ini. kalau rakan-rakan sedia berkongsi,tuliskan diruangan komen kat bawah ye . Alhamdulillah,Terima kasih sudi baca perkongsian Kay , #BePositive #dekatianakkita

No comments:

Post a Comment