Ayuh Tambah Ilmu

Kejarlah mencari Ilmu,
Bergurulah dalam menakrifkan sesuatu,
Bersahabatlah dalam menyebarkannya,
Agar diri kita senantiasa DirahmatiNya

Wednesday, January 11, 2017

Selami Hati Rakan Guru Kita - Tip Menarik Minat Guru #SenangiMereka

Bismillah, SharingIsCaring,...Dalam memenangi hati @ minat seorang guru, yang mana #kerjaBuat yang sedia ada pun dah memang banyak, makanya, sebelum kita nak menarik minat rakan-rakan kita untuk membudayakan VLE, as an Admin, kita seharusnya
ü  Always be positive
ü  Kena kuat semangat, macam Nampak sama dengan positif kan,takpe je la ye.
ü  Makmal Komputer kita kene bersih, kemas, wangi, #JuruTeknik sekolah Kay yang biasa suka sangat mewangikan makmal. Memang baguslah dia. Bila makmal dah awesome, barulah ada yang nak melawat dan masuk rumah kita. opss, makmal kita la...
#SenangiMereka

ü  Tunjukkan betapa mudahnya bila pengajaran dan pembelajaran kita dengan menggunakan VLE
ü  Masa ni perlukan banyak skill, “mudah” merujuk kepada point diatas ialah kita kene ada knowledge dan skill yang extra sikit.
o  Skill manage guru dan murid sekaligus “kalau anda sedang ganti kelas” atau “cikgu tersebut tengah ganti kelas” so, masa ni kita bagi aktiviti Kuiz VLE dekat anak-anak murid, so at the same time kita bantulah rakan kita tadi. Masa ni dalam makmal murid senyap je, sebab tengah focus jawab kuiz,hehe.
o   Skill penggunaan komputer dan internet yang efektif. Fokus kepada yang nak kita ajar sahaja, tapi kadang-kadang Kay ni banyak je nak share dengan rakan-rakan.
o   Skill pujuk cikgu , hihihi, senyummm selalu . #JanganSesekaliSebutSusah
o   Skill baiki laptop cikgu kalau tetiba “hang” #restartsemula
o Skill boleh balik lewat sikit kalau ada cikgu yang ingin belajar lebih dari waktu persekolahan
o   Bila ada geng, baru best kerja. #dahsiapkerja #makankatkantinramairamai
o   Skill boleh siapkan lesson note untuk esoknya dengan cepat kalau guna VLE
o   Skill nak tunjukkan dekat PPD,JPN, dan semestinya kalau NAZIR nak datang melawat dan tengok Pengajaran kita. #backupPlan lesson note . #palingWin
o Kalau ada JuruTeknik, bekerjasamalah dengan mereka, ianya lagi bagus, sebab juruteknik sebenarnya mempunyai knowledge yang sangat best dan Awesome dalam menangani masalah kerosakan PC, rangkaian computer , nak re-connect internet/wifi dan macam-macam lagi.
o  Alhamdulillah, Kay pernah bekerja dengan 3 orang JuruTeknik yang sangat Awesome dan baik. Terima Kasih Kay ucapkan #ambikPeluang #HargaiMereka bekerja selama ni. Ni pun kene ada skill.
ü  Setelah usaha-usaha di atas dilakukan dengan sepenuh hati, last sekali, Tawakkallah kepada Allah, sebab kita kerja LillahiTa’ala. Apa-apa pun usaha dulu ye, sebab tu jangan berputus harap ye rakan-rakan semua.
ü  Jangan lupa ye rakan-rakan, Sharekan kepada Pentadbir tentang kelebihan menggunakan VLE ni, dari segi sumber untuk sesi Pengajaran & Pembelajaran @BBM dan juga bagi Pentaksiran murid, ianya sungguh mudah diakses, didokumen dan dicetak. #eviden #terimakasihPentadbir #terimakasihcikgu  
Terima Kasih rakan-rakan kerana sudi membaca perkongsian Kay kali ni.

4 comments:

  1. Alhamdulillah, Terima Kasih Cikgu Raihan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah terbaik cikgu kay! Bagus tips cikgu. Terima kasih ya atas perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sebar kan manfaat untuk kita bersama,terima kasih kerna always support kay ye Umi Sarina

      Delete