Ayuh Tambah Ilmu

Kejarlah mencari Ilmu,
Bergurulah dalam menakrifkan sesuatu,
Bersahabatlah dalam menyebarkannya,
Agar diri kita senantiasa DirahmatiNya

Wednesday, March 6, 2019

Motivasi Untuk Adik Adik, Satu Kenangan TerIndah ~16022019~

Alhamdulillah,
Last week, ber musafir ke Besut,
Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan,Besut
BerSama Ketua Jabatan, En Razak, Pensyarah Otai Matematik Di IPGKSM,Besut

Sesi Bergambar

Murabbi Hebat Bidang Matematik

Kali ini menjejakkan kaki ke Tempat menuntut Ilmu dan juga Tempat yang mendidikku untuk menjadi Insan yang bergelar Guru

kay berkesempatan bertemu dan berkongsi ilmu bersama dengan Murid Tahun Akhir dan Juga Murid Tahun 3, Alhamdulillah, mereka just menunggu dan menghitung hari untuk Posting Di Sekolah Pertama
So, apa yang telah kay kongsikan ialah

  1. Realiti yang akan mereka akan tempuhi setelah bergelar seorang GURU
  2. Situasi sebelum posting , Fahami situasi Keluarga (Sekiranya telah berkeluarga)(Tempat Tinggal) (Lokasi Sekolah,Jalan)
  3. Situasi semasa melapor diri (Berpakaian Kemas, NameTag)
  4. Situasi Bersama Pentadbir Sekolah Buat Pertama Kali
  5. Redha dengan matapelajaran akan diberikan, ini kerana Pentadbir akan melihat kekosongan Subjek semasa di sekolah
  6. Hormat dan Berbudi Bahasa dengan Senior Di dalam sekolah Baru
  7. Cuba adaptasi dengan Environment Sekolah Baru
  8. Tanya dahulu keadaan semasa di sekolah, kena sentiasa alert dengan info, mesyuarat, Taklimat dan sebagainya
  9. Perlu mencari Ketua Panitia atau Guru Senior untuk merujuk sesuatu berkenaan dengan matapelajaran yang akan diajar
  10. Perlu mencari Kerani untuk urusan borang, surat atau apa sahaja yang berkaitan dengan maklumat Guru apabila melapor diri
  11. Belajar dengan cepat selok belok bangunan di Sekolah
  12. Mencari Buku Rujukan yang bersesuian
  13. Mencari Bahan Bantu Belajar
  14. Fahami dan kalau boleh Hafal Jadual Waktu (Simpan Dalam Phone)
  15. Paling Penting juga rujuk Buku Pengurusan Sekolah untuk mengetahui tugasan dan bidang tugas untuk setiap channel (PKP,PKHEM,PKKo) dan juga yang lain

Rasanya mungkin setakat itu yang Kay ingat sewaktu membuat Perkongsian
selain itu kay juga sempat bermain Kahoot dan Quizizz bersama adik adik, untuk Set Induksi kay sempat bermentimeter, then untuk slot parking lot, kay sediakan padlet buat mereka
#EmbraceTheKnowledge #KBA