Ayuh Tambah Ilmu

Kejarlah mencari Ilmu,
Bergurulah dalam menakrifkan sesuatu,
Bersahabatlah dalam menyebarkannya,
Agar diri kita senantiasa DirahmatiNya

Wednesday, November 20, 2019

KUTIP ILMU WAKTU CUTI HUJUNG TAHUN

Bismillah,
Alhamdulillah

Hari PerSekolahan menuju ke hari hari akhir bagi 2019
Sambil Bercuti, ambil peluang dan ruang untuk sedut kutip ilmu
banyak yang kita boleh upgrade ilmu
ada bootcamp, ada workshop,
ada yang free dan ada juga yang berbayar
Kay cuti-cuti November dan Disember ni
kita join Leaps Of Knowledge, Master Trainer Office, Microsoft
Google Classroom , Apple Classroom, Bengkel Video dan macam-macam lagi
so, just pilih, sediakan duit dan ambil aura positif
ni untuk akan datang

ni yang workshop bulan September 2019

tips :---> Jadikan sedut ilmu seperti makan vitamin, minda dan badan jadi sihat bertenaga

Thursday, June 13, 2019

PERSEDIAAN UNTUK BAKAL GURU, ANTARA IMAGINASI VS REALITI

Bismillah,

Alhamdulillah, sebelum Raya menjelma , bertarikh 31 Mei 2019, kay sekali lagi berpeluang menyantuni adik adik Guru di bawah Pejabat Agama Negeri Terengganu, lebih kurang dalam 60 orang Cikgu Muda yang sangat bersemangat dalam mendidik anak bangsa ,
Alhamdulillah, kay telah berkongsi beberapa tips dan cara dalam memudahcarakan adik adik Guru untuk berhadapan dengan anak didik di Era Abad ke 21 ini.

Terima Kasih En Sufian, Lecturer In Charge Untuk Kelas Guru Agama Negeri Terengganu

Sebelum Pulang, Kita Bergambar Dulu

Harapnya Teori yang dipelajari sewaktu kelas pada hujung minggu boleh di upgrade kan  bersama dengan perkongsian yang telah kay berikan, sewaktu kita bermula sebagai kerjaya seorang guru.
- Kalau Sebelum ( dari segi family dan penempatan rumah, sekolah anak-anak)
- Kalau Semasa
            - Hari Pertama , Lapor Diri Di Pejabat, Jumpa Pentadbir
            - Berpakaian Kemas, tanda nama, kasut
            - Perhimpunan Pagi
            - Persediaan untuk berucap di tapak perhimpunan sebagai Guru Baru
            - Cara Handle Microphone, P.A System
            - Buku Rujukan, ERPH, DSKP, RPT dan pelbagai dokumen wajib sebagai seorang Guru
- Dalam Kelas, cuba hafal nama anak murid
- Kenali Aras Anak Murid
- Hafal jadual waktu
- Ketahui 3 Channel Penting, Kuri,HEM, KOKO
- Kenali Guru Panitia masing-masing

Sebenarnya memang banyak lagi pesanan yang boleh kita tambah baik,
Kalian sangat berharga
Kalian sangat bagus
Kalian sangat dedikasi
Semoga Allah permudahkan Perjuangan Kalian

Bidang Pendidikan banyak mehnahnya, Ayuh sama bangkit berjuang , demi mendidik anak bangsa, Agama dan Negara,

Selalu Berfikir dengan Positif
Jom Tambah Ilmu Dengan Teacher Kay

Thursday, May 30, 2019

"STEM" TPU PMSI - Eksplorasi TerBaik Secara Inkuiri

Bismillah, Alhamdulillah
Selama 5 hari kay bermusafir di Kuala Lumpur, diberikan ruang saat terindah bersama rakan Ex Dormmate sewaktu 1995, untuk Kursus Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri.
Bertempat di Hotel Summit City Hotel, berhadapan dengan Bangunan Mara, Jalan Raja Laut
Seramai 60 lebih Peserta dari seluruh Negara. (Cg Math Sekolah Rendah, Menengah, lecturer IPG, Penyelaras Negeri, iaitu terdiri dari Pegawai JPNT)
Pengisian Selama 5 Hari itu, Kami di terangkan, dan di ajarkan dan di permudahkan tentang konsep Inkuiri kepada Murid.
- beberapa topik dipilih daripada subjek matematik sekolah rendah dan matematik sekolah menengah
- sesi ice breaking sudah dimulai dengan inkuiri, sangat best (konsep tanya dan jawab dengan tanya)
- kami dipecahkan kepada kumpulan yang terdiri daripada guru sekolah rendah, guru sekolah menengah dan Penyelaras Negeri
- kami di dedahkan dengan pelbagai topik matematik
- kami diberikan tugasan untuk bentangkan setiap topik yang dibincangkan
- Kemudian kami dipecahkan kepada kumpulan sekolah rendah sahaja untuk sesi mikro teaching

Bersama Penyelaras Matematik JPNT 



With My Ex DormMate 1995

Bersama Dr Ihsan, Pengarah Pusat STEM Negara

📚📑💻FrogMaker , Pelopor Perkongsian, Bina, Guna dan Cakna

Bismillah 📝🚙

Kali ini merupakan kali kedua kay diberi peluang untuk menjadi fasilitator untuk bengkel FrogMaker Kohort 1 bagi matapelajaran Matematik Tambahan(AddMath) , Alhamdulillah,seramai 19 orang guru yang telah berjaya membina dan mengedit Site Matematik Tambahan dalam Boost Collections, Banyak sangat Kelebihan bila dah fasih menggunakan FrogBoost
- Site yang dah siap susun atur layout nya
- Mempunyai 4 tab, iaitu Hasil Pembelajaran, Sumber Pembelajaran, Aktiviti dan Penilaian
- Siap dengan Kuiz dan Latihan
- Murid pun mudah untuk memahami Nota
- Ramai guru yang kay bantu tadi cakap, eh, mudahnya dah siap semua, tunggu nak send dan share sahaja, kan betul kay cakap, semuanya senang belaka.
- warna layout pun menarik. Like
Jom semua tambah ilmu

FrogBoost, Suatu PengHargaan Dari Guru Buat Guru

Bismillah,
Alhamdulillah,
Salam Ramadan Kareem semua
kita telah memasuki fasa terakhir bulan Ramadan, Moga Allah memberkati apa yang telah amalkan dan laksanakan.
Hari ini kay ingin bercerita tentang FrogBoost
- sangat best dan sangat memberi manfaat
- ianya adalah set set Pengajaran yang telah di hasilkan oleh Para Guru, Ustaz, Ustazah, Teacher dan Sir.
- Bermula dari Tahun Lepas, dengan 3 subjek utama, Math, English dan Science
- Sambung pula dengan subjek lain, seperti Matematik Tambahan, Pendidikan Islam dan banyak lagi
- Terima Kasih Guru Semua
- Sebab tu kay highlightkan disini, FrogBoost ini adalah suatu Penghargaan dari Guru Untuk Guru
Ini merupakan Salah Satu FrogBoost Matematik,  Kay just tambah Tab Refleksi

Terpulang kepada kita untuk letakkan widget apa dalam Refleksi, Kay tambah widget Poll, senang nak tahu kefahaman murid, boleh saja letak macam konsep , 4 bintang, 5 bintang dan macam macam lagi.

So, ianya pilihan kita, nak guna, nak share, nak assignkan, Just Klik and Add to our library
Jom Tambah Ilmu Semua


Wednesday, March 6, 2019

Motivasi Untuk Adik Adik, Satu Kenangan TerIndah ~16022019~

Alhamdulillah,
Last week, ber musafir ke Besut,
Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan,Besut
BerSama Ketua Jabatan, En Razak, Pensyarah Otai Matematik Di IPGKSM,Besut

Sesi Bergambar

Murabbi Hebat Bidang Matematik

Kali ini menjejakkan kaki ke Tempat menuntut Ilmu dan juga Tempat yang mendidikku untuk menjadi Insan yang bergelar Guru

kay berkesempatan bertemu dan berkongsi ilmu bersama dengan Murid Tahun Akhir dan Juga Murid Tahun 3, Alhamdulillah, mereka just menunggu dan menghitung hari untuk Posting Di Sekolah Pertama
So, apa yang telah kay kongsikan ialah

  1. Realiti yang akan mereka akan tempuhi setelah bergelar seorang GURU
  2. Situasi sebelum posting , Fahami situasi Keluarga (Sekiranya telah berkeluarga)(Tempat Tinggal) (Lokasi Sekolah,Jalan)
  3. Situasi semasa melapor diri (Berpakaian Kemas, NameTag)
  4. Situasi Bersama Pentadbir Sekolah Buat Pertama Kali
  5. Redha dengan matapelajaran akan diberikan, ini kerana Pentadbir akan melihat kekosongan Subjek semasa di sekolah
  6. Hormat dan Berbudi Bahasa dengan Senior Di dalam sekolah Baru
  7. Cuba adaptasi dengan Environment Sekolah Baru
  8. Tanya dahulu keadaan semasa di sekolah, kena sentiasa alert dengan info, mesyuarat, Taklimat dan sebagainya
  9. Perlu mencari Ketua Panitia atau Guru Senior untuk merujuk sesuatu berkenaan dengan matapelajaran yang akan diajar
  10. Perlu mencari Kerani untuk urusan borang, surat atau apa sahaja yang berkaitan dengan maklumat Guru apabila melapor diri
  11. Belajar dengan cepat selok belok bangunan di Sekolah
  12. Mencari Buku Rujukan yang bersesuian
  13. Mencari Bahan Bantu Belajar
  14. Fahami dan kalau boleh Hafal Jadual Waktu (Simpan Dalam Phone)
  15. Paling Penting juga rujuk Buku Pengurusan Sekolah untuk mengetahui tugasan dan bidang tugas untuk setiap channel (PKP,PKHEM,PKKo) dan juga yang lain

Rasanya mungkin setakat itu yang Kay ingat sewaktu membuat Perkongsian
selain itu kay juga sempat bermain Kahoot dan Quizizz bersama adik adik, untuk Set Induksi kay sempat bermentimeter, then untuk slot parking lot, kay sediakan padlet buat mereka
#EmbraceTheKnowledge #KBA

Saturday, February 23, 2019

Jom Jelajah Tambah Ilmu #KualaIbai Territory Sabtu,23 Feb 2019

Bismillah
Hari ini kay teruskan menjelajah ke SK Pusat Kuala Ibai
alhamdulillah, perkongsian yang sangat best, Peserta yang superb energy
Galeri LADAP 23022019
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157115036823293&id=555148292


Gambar kat atas tu, antara isi perkongsian untuk Guru SKPKI tadi, alhamdulillah
Jom Jelajah lagi lain kali



Terima Kasih SK Pusat Kuala Ibai, untuk Kerjasama, Untuk Santapan, Untuk Cenderamata,Untuk Ke-sporting-an yang Best, next time boleh jumpa lagi.
#EmbraceTheKnowledge

Saturday, February 9, 2019

Trip To Hatyai, Raikan Sebuah Perjalanan :) Yang Sangat Sweet , Jimat & Perfect Itinerary

💝💝❤🚌🚌⛽🚦
Bismillah , 
Sempena Meraikan Persaraan Bonda PKP , Cg Remalah, Kami Ke Hatyai 🙂🙂🙂🙂🙂
Untuk kali ini, kay akan ceritakan secara ringkas perjalanan kami ,
selama 4 malam dan 3 hari , dari Terengganu ke Hatyai.
Sangat Best, Sangat Syukur, Ukhuwah Makin Bersemi.
Posting kali ini kay fokuskan kepada Perbelanjaan Jimat dan Hentian yang Best.
Insyallah Next Posting kay akan ceritakan Perihal Perjalanan, Sekolah dan Masjid Pula ye


31 Januari 2019 Khamis
11.40 tengah malam, bertolak dari SK KUBU, Marang, Terengganu
1 Februari 2019 Jumaat
2.15 pagi ,berhenti di rnr Pasir Puteh Kelantan, (Pemandu Bas berehat sekajap, penumpang ke Toilet)
5.14  pagi , tiba di masjid Beijing (Persiapan Diri untuk Solat Subuh,)
6.15 azan subuh di Kelantan (Rantau Panjang) , Berjemaah di Masjid Beijing (Sujud Sejadah)
7.30 pagi tiba di Imigresen Malaysia (Rantau panjang).
7.45 pagi done check passport Malaysia
Naik Bas semula, cross Jambatan Pendek, 
Then turun semula dari Bas setelah Cross Border untuk Imigresen Memasuki Thailand
8.40 pagi done check passport Thailand
8.50 pagi : Penerangan oleh Polis Pelancong
(Masa ini , terasa sangat safety nya, bagus sangat Penerangan oleh 2 Orang Polis Just Call 1155)

*Sekiranya Berlaku Kecemasan atau sebarang Masalah
9.00 pagi : Penerangan oleh Tour Guide Ustaz Khai (The Best Tour Guide bagi kay)
9.10 pagi : breakfast di area Su-ngai Kolok , sewaktu ini kay belum lagi tukar duit Baht, 
Dan kedai di area Su-ngai Kolok ini masih menerima Wang RM kita. 
Kay makan (Nasi Putih + Lauk Gulai Ayam + Acar Timun x 2 + Teh Peng dan Teh O Peng) = RM16
9.30 pagi : Tukar matawang RM500 = 3800 Baht

11.30 pagi : berhenti petrol station, macam ala ala RnR, ada 7e 
Anak kay ada pesan, kalau ibu ada jumpa beli colour pencil and kereta mainan, belilah as buah tangan, so tanpa fikir panjang, kay terus beli sewaktu berhenti dekat area Pattani kalau tak silap.
kay beli pencil warna, air latte, dan Krim Coklat dan Vanilla (108 BAHT + 20 BAHT) = rm14 + rm2

1.40 petang baru masuk Wilayah Songkhla
2.00 petang: berhenti makan lunch 40 Baht dan 80 baht (Bihun Sup, Nasi Putih dan Sup Daging) Air Batu Percuma , I Like :)
Solat dan kemudian beli air mineral (7 baht) dan shower (29 baht ) =36 Baht

5.00 petang: Dah masuk Wilayah Hatyai,  Stop dekat Nora Plaza
200 baht beli pensil box,
190 baht frog bag 
100 fridge magnet = Total  490 less jadi 450 baht
Beli gambar beserta Frame candid masa turun bas 10 Baht






Floating market Klonghae, Hatyai
6.20 petang, kat sini kay spent banyak juga baht nyer, hehe
Air Kelapa 20 baht, jeli kelapa 20 baht
Kuey Teow Tomyam 40 Baht , seafood sayur omelet,  35 Baht  = 115 Baht
Beli Tikar frog 100 BAHT
Beli souvenir , 2 set beg dan keychain 1 set of 6 = 280 + 1 set beg 80 + 1 set bag 100 
Beli air mineral 10 bath

8.30 malam Tiba Di Hotel Grand Plaza
Malam near to hotel, pasar malam
Beli Totebag untuk Mertua dan juga Untuk Diri Sendiri 3x 100 =  300 BAHT
Buy pencil box 2x 80baht = 160 less jadi 150 baht
Keychain 100 BAHT = 10 untuk adik beradik lelaki
Beli nasi goreng 50 BAHT
Air Teh tarik air 25 BAHT
Belian paling berbaloi , Sate 40 BAHT = sepatutnya dapat 4 batang, tapi Penjual bagi free 1 cucuk
sangatlah sedap dan lembut, sangat recommended

Second Day 2 Februari 2019 Sabtu
8 am Breakfast at Kedai Kelantan
Makan dalam 190 BAHT
Nasi lemak 2, kueh belebab pisang 1, pulut 1, cakoi 4, air neslo, nescafe
9 am ke Taman Gajah, because Lebah Park penuh

Pukul 12.00 ke Taman Lebah
Beli aiskrim Madu = 59 BAHT
Berhenti Kedai Gajus, tak beli apa apa,hihi

Makan Tengahari Kai Tod Decha
Nasi Kuning Ayam Goreng 
55 + 65 + 30 Teh O Limau Peng + 30 air Teh Peng= 180
Beli air mineral 14 dan 7 BAHT di 7e

Asean Night Market
50 and 50 BAHT , bihun sup, bihun tomyam
Air teh tarik dan limau nipis Peng (25 + 25) baht
Kerongsang katak 10 BAHT
Beg duit katak 20 BAHT
Bayar tut tut (20 20 20 20) untuk 2 orang
Sate Sedap 60 BAHT , sebab malam tadi makan sedap, malam ini kami beli lagi
Tukar duit RM50 = 380 BAHT (Just Back Up Kononnya)
Beli Totebag 200 BAHT, special untuk Bonda Tersayang ❤❤

Third Day (Nak balik dah) 3 Februari 2019, Ahad
Tut tut taxi  untuk 2 orang pergi dan balik = 80 baht
Makan Pagi di Zaina Dimsum (nasi lemak 2, dimsum 5 jenis, Teh Peng 1 dan Air Suam) 195 BAHT
Beli buah jambu = 100 BAHT
Bertolak Balik dari Hotel Jam 9.50 pagi

11.50 pagi Tiba Di Sawah Garam
Beli air vitagen = 10 BAHT
Beli kepah campuran = 80 BAHT
Sos Pedas sedap = 40 BAHT
Garam Manis 10 x 3 = 30 BAHT

12.29 Tengahari , Berhenti Di Masjid Kerisik
Air kelapa 10 Kot
Nisan nyor 45 kot

1.15 petang , berhenti Solat Masjid Al-Falah dan Makan 
Makan tengahari
120 BAHT nasi putih 2, sup daging, telur dadar, kailan ikan masin
124 BAHT beli di 7e (air dan makanan ringan dan buku nota)
Beli mangga asam (30 baht)

Berhenti di Border Su-ngai Kolok 
Beli Buah Pelam RM2.60x2 = RM5.20
Beli Limau RM4
Beli Mangga Besar 30 Baht

6.00 petang 
check passport, Cross Border Thailand ~ Malaysia 
Bertolak terus balik ke Terengganu
Jam 8.45 malam Berhenti di Masjid Al-Falah , Jerteh
Solat dan makan malam

Alhamdulillah, sekitar 4 Februari 2019  Jam 1.15 pagi tiba di SK Kubu
syukurlah ,Perjalanan yang sangat Best, meriah , terasa seperti seminggu bercuti,
Alhamdulillah, 4 Malam 3 Hari dan dengan Hanya RM550 untuk 2 orang, iaitu Kay dan Suami berbelanja makan dan minum serta dapat beli Buah tangan serta Cenderahati untuk Keluarga Tersayang.
Insyallah , Kalau ada Rezeki , Nak bawa Hanif Husna pula nanti
boleh Klik disini untuk Galeri Gambar Kami 
oh ye, Lupa pula, Nama Agen Travel kami ialah Qubra Travel, Qubra Travel & Tours Sdn. Bhd. sangat Best dan Sporting
Semoga ilmu yang kay dapat tika bermusafir di Hatyai ini DiRahmati Allah