Bismillah,
Ayuh Tambah Ilmu
Peperiksaan UPSR 2017 bakal ditempuhi tidak lama lagi, jadi buat anak-anak didik Teacher , baik di SK Taman Permata, mahupun SK Kubu, Teacher mendoakan agar kalian baik-baik sahaja, dan telahpun bersedia untuk menempuhi peperiksaan penting yang pertama buat kalian . Di sini, teacher ada sedikit pesanan buat kalian :-
credit picture to http://www.caripanduan.com/upsr-2017/- Jaga hubungan kita dengan Allah, banyakkan berzikir, Selawat, Solat Jangan Tinggal, Banyakkan Solat Sunat
- Jaga hubungan kita dengan Ibu Bapa, banyakkan berbicara, senangi hati mereka
- Jaga hubungan kita dengan Guru, hormat kepada guru, sentiasa berbincang dan mencari idea, bukan sahaja guru yang mengajar UPSR, tetapi juga guru yang pernah mengajar kita sejak dari tahun 1
- Jaga hubungan kita dengan Rakan Taulan, : membina motivasi sesama rakan
- Jaga Hati kita, hati kita biar bersih,berfikiran dan bersangka baik, sentiasa positif
- Banyakkan membaca, bukan sahaja buku, malah akhbar, majalah atau risalah, membina kosakata (vocabulary)
- Banyakkan mmbuat latihan,fokus dan tawakal
- Pasangkan Impian, ianya bermula dengan impian, dan kita akan mencorak kehidupan kita selari dengan waktu dan keadaan
- Restu dari semua, sekiranya berjumpa sanak saudara, terutama waktu Bulan Syawal hari tu, mohon restu dan doa mereka.
- Kurangkan menonton televisyen buat seketika, pilih siaran yang terbaik dan kalau boleh ibu bapa memantau siaran tersebut. Menonton bersama lebih baik 😊